Oleh yang demikian, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mencabar Kepimpinan BN Perak supaya pembubaran DUN Perak disegerakan.
Menurutnya, sekarang adalah masa yang paling sesuai buat pimpinan BN membubarkan DUN Perak kerana telah menunggu sekian lama sehingga 7 kali pilihanraya kecil telah diadakan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata seluruh rakyat negeri Perak telah pun mendesak supaya DUN Perak dibubarkan sejak 5 Februsri 2009.
”BN sudah menunggu lama dalam 7 pilihanraya kecil di Semenanjung namun semuanya memihak kepada pakatan Rakyat,
”sekali ini BN melakukan kejutan dengan mejoriti yang berganda di Bagan Piang, oleh itu segerakan Bubarkan DUN Perak,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN mengekalkan kemenangannya dikerusi Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.
Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang meraih 2,578 undi, manakala undi rosak adalah 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi.