Presiden Filipina mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera di seluruh negara bagi memerangi ancaman serius di rantau selatan Mindanao selepas pejuang memancung kepala seorang pegawai polis dan mengambil beberapa tebusan.
Keganasan berterusan telah memaksa beribu-ribu orang melarikan diri dari bandar Marawi, yang terletak kira-kira 816km selatan Manila.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa-apa dan segala-galanya untuk melindungi dan memelihara negara Filipina,
“Saya mungkin mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh negara untuk melindungi rakyat.” Kata Rodrigo Duterte pada hari Rabu selepas tiba kembali di Manila dari lawatannya ke Rusia.
Duterte talah mengisytiharkan undang-undang tentera pada hari Selasa di Mindanao, yang membentuk kira-kira satu pertiga daripada Filipina dan rumah kepada 20 juta orang, dalam reaksi segera kepada serangan oleh pejuang.


kira-kira 100 penyerang berkeliaran di Marawi, membunuh lima tentera dan mengambil sejumlah rakyat orang lain menjadi tebusan dari sebuah gereja.
Mereka turut dilaporkan, membakar bangunan dan menaikkan bendera hitam ISIL, menurut Duterte dan pembantunya.
Duterte mendakwa pejuang memancung Ketua Polis tempatan selepas menangkap beliau di pusat pemeriksaan jalan raya.
Stesen televisyen tempatan ‘GMA News’ juga menerbitkan imej eksklusif sembilan orang awam, yang dilaporkan dibunuh oleh pejuang bersenjata.
Saluran televisyen ABS-CBN juga memetik Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata bahawa pejuang berjaya mengawal penjara bandar dan membebaskan 107 banduan.


Abu Sayyaf kemudian memanggil bala bantuan dari kumpulan yang bersekutu dan berpuluh-puluh pejuang berjaya memasuki bandar Marawi yang mempunyai penduduk kira-kira 200,000 orang.
Dalam pertempuran dengan penyerang, anggota keselamatan kehilangan tiga rakan mereka.
Penyerang dilaporkan membakar gereja Katolik, penjara bandar, dan dua buah sekolah, serta menduduki jalan-jalan utama dan dua jambatan yang menyeberang kepada Marawi – sumber Al-Jazeera




























