Negeri Terengganu merupakan negeri yang memiliki keluasan tanah rezab melayu mencecah 218 hektar, kebih dari separuh keluasan tersebut berada Hulu Terengganu.
Apa yang mendukacitakan kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu adalah nilaian istimewa tanah ini dilihat terlalu mudah untuk dicabuli oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah menukar status sebahagian tanah di kawasan ini daripada tanah rizab melayu kepada tanah pegangan bebas (freehold).


Contoh mudah di Kuala Berang. Ini bukan isu baru. Ia telah bermula sejak tahun 2004 lagi ketika kerajaan Terengganu telah diambil alih oleh Barisan Nasional. Mereka telah menukar sebidang tanah di bandar Kuala Berang yang kenali sebagai Bukit Jepun oleh orang tempatan. Lokasi sekitar Agro Bank hari ini. Bukit ini telah pun ditarah dan diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan beberapa unit pusat perniagaan yang telah pun siap dibina setahun yang lalu.
Perkara yang ingin ditekankan disini adalah tanah tersebut diserahkan kepada sebuah syarikat milik bukan bumi putera (kaum Cina) luar Terengganu. Kami juga mendapati unit-unit pusat pernigaaan itu dibuka untuk pembeli dengan harga RM1.5 Juta/unit. Tambahan pula, syarikat tersebut telah pun memberi masing-masing 8 unit daripada 16 unit kepada orang bukan melayu dan kroni-kroni pemimpin UMNO.


Tuntasnya, pimpinan Barisan Nasional (UMNO) hanya tahu mentarjemah pembangunan orang Melayu pada konteks material dan saku-saku mereka sahaja dengan ‘menusuk’ hendap keris mereka di belakang badan orang-orang melayu. Mereka tidak memikirkan pun nasib orang-orang melayu pada masa akan datang.
Justeru, dengan mengambil semangat pasca HARAP ini, marilah sama-sama kita para pemuda generasi baru, terutama di kawasan Hulu Terengganu, mulai saat ini berani melakukan perubatan demi kemajuan kita semua.
Sejahtera bersama islam
Mohd Harun Esa
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu






























