

MARANG – Dunia hari ini dilanda dengan pelbagai penyakit ketrana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui kitab al-Quran yang diturunkanNya dan RasuluLlah SAW yang telah diutuskan olehNya.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika menyampaikan khutbah solat sunat Eidul Fitri di masjid Rusila disini semalam 10 Sptember
Menurutnya bukan sahaja tubuh manusia dilanda penyakit, masyarakat, negara dan dunia kini sudah tidak selamat lagi, kerana perbuatan manusia melanggar perintah Allah SWT
(Gambar- para jamaah mengambil peluang bertemu dan bersalaman dengan Tuan Guru sbaik selesai beliau mengetuai solat sunat Eidul Fitri)
“bukan sahaja tubuh badan manusia yang dilanda penyakit, keluarga yang dilanda masalah, tidak ada penghormatan di antara ibu bapa dan anak-anak. Tidak ada hubungan yang baik dengan cara sewajarnya. bukan sebarang berlaku kederhakaan, bahkan pembunuhan. gejala sosial yang merebak dalam masyarakat,
“dadah yang melanda tiap-tiap negeri, tiap-tiap kampung dan tiap-tiap keluarga. kemaksiatan dan kemungkaran yang merebak dengan luas. jenayah yang menakutkan, sehingga mereka yang berada di dalam rumah tidak berasa selamat, mereka yang berada di jalanraya tidak berasa selamat,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, negara dilanda penyakit politik, rasuah, penyalah gunaan kuasa dan penyakit ekonomi yang menyebabkan (sistem dijangkiti) wabak yang melanda seluruh dunia.
“(Penyakit sistem ini) kerana menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram. memakan riba dan menipu. serta berbagai-bagai kemungkaran yang lain,”jelanya.
Bahkan menurutnya, muka bumi yang dipijak oleh manusia kini dilanda oleh pelbagai kejadian yang merupakan amaran-amaran yang keras dari Allah SWT.
“gempa bumi yang melanda tiap-tiap negeri. banjir yang melanda seluruh dunia, banjir yang melanda pakistan, melanda china, melanda Eropah. Kebakaran hutan yang berlaku di sana sini, gunung berapi yang memuntahkan lahar dan asap,
“itu adalah amaran-amaran Allah. kerana manusia meninggalkan petunjuk Allah yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim,”tegas beliau dihadapan lebih 3,000 jamaah yang menunaikan solat sunat Eidul Fitri di masjid Rusila.
Katanya, hanya manusia yang berfikir dengan iman yang berada dalam dirinya, dengan ketaqwaan menjadi sifatnya, dengan sedar dan insaf sahaja akan selamat dari segala penyakit yang sedang melanda.
Sebaliknya, kata beliau, kepada manusia yang tidak sedar dan insaf, Allah memberi amaran sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud; “dan sesungguhnya kami telah sediakan neraka jahannam bagi jin dan manusia menjadi umpannya iaitulah mereka yang mempunyai akal, tidak berfikir dengan akal dan rasa hati yang diberi oleh Allah. mereka diberi mata untuk melihat tidak mengambil pengajaran daripada apa yang dilihat. mereka yang diberi telinga untuk mendengar, tidak mengambil pengajaran daripada apa yang didengar. mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat daripada binatang. dan mereka itulah orang-orang yang lalai. “
Lihat Video Klip Khutbah dan Rumah Terbuka Presiden PAS Eidul Fitri di Buletinonline Channel
http://www.youtube.com/watch?v=sQqy4vBU6ys
http://www.youtube.com/watch?v=zLI6_DiV5d8

























