Datuk Bandar bandar Eliat, Meir Yitzhak Halevy, memberitahu Radio Tentera Israel, kedua-dua roket yang dilancarkan pada hari Rabu 17 April itu telah jatuh di kawasan terbuka, tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan
Televisyen tempatan telah memaparkan kelongsong salah satu roket mendarat di atas pasir tapak pembinaan di bandar percutian tersebut [gambar kanan].
Pihak berkuasa Israel teah mengaktifkan perisai anti roket di Eilat sejak dua minggu lalu, apabila bandar di hujung Teluk Aqaba itu dipenuhi dengan pelancong kerana menyambut cuti Paskah Yahudi.
Namun begitu, ketika roket dilancarkan pada hari Rabu, sistem pertahanan tentera Israel itu tidak memintas peluru berpandu yang masuk kerana kegagalan operasi.
Dipihak tentera Mesir menyatakan mereka masih menyiasat sama ada dua roket yang meletup di ‘resort’ Laut Merah Israel itu benar-benar telah datang dari Semenanjung Sinai.
“Kami masih menyiasat untuk melihat jika mereka telah dihantar dari wilayah Mesir tetapi tiada apa yang disahkan lagi,” kata seorang pegawai kanan tentera memberitahu AFP.
Roket terakhir yang pernah menjadikan bandar Eilat sebagai sasaran adalah pada November tahun lepas.
Radio tentera rejim juga melaporkan bahawa roket juga telah melanda bandar berhampiran Aqaba di negara Jordan, tetapi jurucakap Pertahanan Awwam Jordan menafikan dakwaan tersebut.






























