Dua puluh roket Jihad Islam dilepaskan ke Selatan Israel

772

Seorang lelaki warga Israel maut akibat serangan roket yang dilepaskan dari Semananjung Gaza.

Serangan tersebut merupakan tindak balasan terhadap Israel setelah kumpulan Jihad Islam di Palestine, menjadi sasaran serangan udara Israel yang mengorbankan lima anggotanya.

Manakal empat warga Palestine lain juga meninggal dunia dalam serangan udara Israel pada Sabtu 29 Oktober.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Gaza berkata sembilan warga terkorban dan 15 lagi cedera akibat serangan udara terbabit

Sementara itu menurut jurucakap regim Israel dari semua empat serangan udara ke Gaza, telah menepati sasaran pejuang Palestine dari kumpulan Jihad Islam, salah satu dari sejumlah kumpulan pejuang di Gaza yang menembakkan roket ke arah Israel selatan.

[Gambar – roket-roket yang dilancarkan semasa tamat latihan anggota baru Jihad Islam tidak lama dulu]

Kumpulan Jihad Islam kemudian mengesahkan lima anggotanya terkorban dalam serangan Israel di Rafah, termasuk seorang komandannya, Ahmed al-Sheikh Khalil.

Jurucakap Jihad Islam berkata Khalil adalah salah satu pakar pembuat bom dalam kumpulan itu.

“Hari ini Jihad Islam mengalami kehilangan besar,” katanya. “(kami akan) tingkatkan (serangan sebagai) pembalasan kami akan sepadan dengan kehilangan ini.”ujarnya yang diikuti dengan serangan 20 roket dilepaskan ke arah Israel selatan pada petang semalam.

Salah satunya mengenai sebuah bangunan apartemen di Ashkelon, melukai seorang warga Israel yang kemudian tewas akibat luka-lukanya. – Sumber BBC