Terengganu, Malaysia

Dua PRK; SPR Mesyuarat Jumaat Ini

spr-malaysia

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Jumaat ini untuk membuat keputusan mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak.

Agensi Bernama hari ini melaporkan bahawa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah dimaklumkan SPR tentang kekosongan di kedua-dua kerusi tersebut.

Kedua-dua kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti tipis 399 dan 1,082 undi.

Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, kedua-duanya dari Umno, terkorban apabila helikopter mereka terhempas Khamis lalu ketika berkempen untuk BN menjelang pilihan raya Sarawak Sabtu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan