Dr Najihatussalehah ‘Singgah Sahur’ Santuni Warga Hospital

1671

KUALA KANGSAR – Calon PAS P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussaleha Ahmad membuat kejutan Singgah Sahur di Hospital Kuala Kangsar seawal jam 4.00 pagi.

Beliau menyantuni warga hospital berkenaan terdiri dari para doktor, kakitangan pegawai perubatan, jururawat, pengawal keselamatan serta waris pesakit yang menunggu di wad.

IMG_20160615_112355Tinjauan mendapati sebahagian dari mereka yang dikunjungi oleh Dr Najihatussaleha itu teruja dengan kehadirannya bersama para petugas PAS.

Selepas itu, calon PAS dan petugas jentera kempennya bersahur beramai-ramai di sebuah rumah seorang pengundi di Kampung Talang Changkat.

Dr Najihatussaleha berkata program singgah sahur dibuat di setiap Unit Peti Undi (UPU) yang terdapat dalam kawasan P067 Kuala Kangsar ini.

“Alhamdulillah, pagi ini kita dapat jayakan satu program Singgah Sahur di Hospital Kuala Kangsar.

“Kita bertemu mesra dengan warga hospital termasuk doktor yang bertugas, kakitangan pegawai perubatan, jururawat, pengawal keselamatan dan waris pesakit.

“Kita (PAS) buat di setiap UPU yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan sambutannya sangat baik, kita diterima,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai program Singgah Sahur di rumah seorang pengundi di Kampung Talang Changkat, di sini, hari ini.

IMG_20160615_112439Menurutnya, kunjungan singgah sahur itu bertemu dengan para petugas warga hospital berkenaan yang berkhidmat tanpa jemu meski pun di bulan Ramadan.

Katanya, pilihan hospital sebagai sasaran pertama program singgah sahur kerana boleh bertemu dengan doktor bertugas, kakitangan pegawai perubatan, jururawat serta pewaris pesakit.

Aktiviti kempen program tersebut berakhir pada jam 5.10 pagi sebelum ke Masjid Riduaniah untuk menunaikan solah subuh berjamaah.