Dr. Che Faridah Terharu Kongsi Pengalaman Bersama KAMI

2634

Oleh : Azizah Mahmood

SETIU – Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr Che Faridah Ismail, rasa terharu apabila dapat berkongsi pengalaman merasai denyut nadi warga Kampung di persekitaran, tanah tumpah darahnya.

Dr. Che Faridah bersama aktivis KAMI serta orang kampung, bersama menyediakan juada makan tengah hari

Beliau menyifatkan penduduk kampung Ponok atau dikenali sebagai Polok, adalah insan yang tidak lokek dan peramah takkala menerima tetamu, walaupun tidak dikenali.

“saya begitu terharu bersama warga media turun ke lapangan merasa akan denyut nadi orang kampung tatkala musibah banjir melanda,

“menziarahi orang tua yang terlantar, ketika anak mereka hidup di bandar (dan) menjamu mereka dengan makanan……..satu program yang menyedarkan kita……..inilah realiti hidup sebenar,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘Dapur KAMI’ yang dianjurkan oleh Kumpulan Aktivis Media Indepen (KAMI) Terengganu, di kampung terbabit, pada Selasa 24 Januari.

Menurutnya, ia adalah satu program yang sangat baik kerana menjamu makanan kepada mereka yang baru ditimpa musibah banjir, adalah atu simpulan ‘ukhuwah’ yang tidak boleh di beli.

“Tahniah team media KAMI,”kata Dr Che Faridah ketika meraikan orang-orang kampung hadir pada pada jamuan tengahari itu.

Beliau berkata, jurang kehidupan antara masyarakat bandar dan desa di negeri Terengganu masih jauh berbeza.

“ketika embun masih menitik di hujung rumput, mereka sudah berada di kebun getah, mencari rezeki di raih, (adan) ada yang menunggu matahari terbit dengan ke kebun mencari pucuk ulam,

“merebus ubi kayu atau pisang untuk makan pagi……adalah sebahagian lumrah hidup di kampung, tidak mewah tapi cukup untuk menanggung keperluan keluarga,”jelas beliau.

Turut sama pada program kali ketiga ‘Dapur KAMI’ itu adalah Pengerusinya Dr Azman Ibrahim, yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi.

Beliau yang juga anak kelahran kampung itu, mengucapkan terima kasih kepada Dr Che Faridah kerana sudi hadir dan bersama menziarahi warga kampung yang uzur dan sakit.

“terima kasih kepada Dr. Che Faridah yang dapat melapangkan masa bersama aktiviti KAMI……. saya orang kampung ini,

“bagi pihak KAMI dan keluarga kampung ini…….kita sangat menghargai,”ujar beliau.

Seramai 50 keluarga Kampung Ponok dan sekitarnya, turut mendapat sumbangan bara keperluan harian, sebagai buat tangan dari KAMI.