Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak NST bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.
Namun begitu menurut SetiausahanyaKhairul Faizi Ahmad Kamil, pihaknya menerima maklumbalas yang negative dari NST.
“maklum balas yang diterima, pihak NST enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan,”katanya yang dipetik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan DPPM semalam.
Justeru, DPPM mengambil tindakan untuk mengadakan satu demonstrasi aman membantah tindakan akhbar tersebut diperingkat negeri-negeri pada minggu lalu bagi meningkatkan tekanan kepada akhbar terbabit.
Khairul Faizi berkata walau pun demonstrasi bantahan di peringkat negeri-negeri telah diadakan pada minggu lepas namun akhbar terbabit tetap berdegil.
Justeru katanya, DPPM akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012.
“(demonstrasi akan diadakan) selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar. Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar,”tegasnya.
Beliau berkata setiap ahli PAS diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu “Nik Aziz is Father of Kafir” dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf.




























