DPPM Jelaskan Dasar PAS Kepada Komuniti Malaysia Di Timur Tengah

1455

Oleh : MNA [Qatar]

Satu lawatan ringkas oleh rombongan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bertujuan merapatkan silaturrahim dan mengadakan program penerangan kepada pendokong dan penyokong PAS serta rakyat Malaysia ke Timur Tengah telah berlangsung minggu lalu.

rombongan DPPM Timur Tengah1Rombongan DPPM yang diketuai oleh ketuanya, YB Ustaz Nik Muhd Abduh Nik Abdul Aziz bersama dengan Naib Ketua DPPM, Ir. Haji Khairil Nizam dan penceramah selebriti, Ustaz Halim Din.
Lawatan selama empat hari bermula 23 Disember itu, meliputi tiga negara iaitu Qatar, Bahrain dan juga Emiriah Arab Bersatu.

Dalam masa yang sama, pihak tuan rumah juga menyediakan beberapa program penerangan ringkas bagi mengambil peluang kehadiran mereka untuk mendengar sendiri penjelasan beberapa isu negara dan juga PAS.

Ahli dan penyokong PAS di sekitar Timur Tengah sememangnya menantikan kehadiran pimpinan PAS bagi mendengar sendiri kesahihan maklumat terutamanya berkenaan isu halatuju BPMS PAS dan kehadiran Presiden PAS ke Tehran untuk membincangkan masalah peperangan di Syiria.

rombongan DPPM Timur Tengah2Di samping itu, peluang ini dipergunakan sebaiknya oleh DPPM untuk membentangkan produk-produk terbaru DPPM seperti Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Jabatan Professional Muda (JPro) selain dari produk lain yg sedang mewarnai kebajikan dan dakwah kepada rakyat Malaysia seperti PASTI, Jabatan Amal Malaysia, Alternative Riding Club (ARC) dan sebagainya.

Walaupun lawatan ini hanya lawatan ringkas, namun penyokong dan ahli PAS berpuashati dengan kehadiran wakil DPPM ini dan bersedia bagi menerima lagi kunjungan-kunjungan dari pimpinan PAS di masa akan datang.

Ini adalah lawatan bagi siri pertama dan DPPM akan berusaha untuk mengadakan lagi lawatan ke negara lain di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Oman dan mungkin juga Kuwait bagi menyantuni pendokong dan penyokong PAS serta rakyat Malaysia yang bertugas di sana.

rombongan DPPM Timur Tengah2Apa yang lebih menarik, Duta-duta Malaysia di negara-negara tersebut juga turut berbesar hati menerima kunjungan hormat dari DPPM bagi berbincang secara dua hala berkenaan dengan keadaan rakyat Malaysia di sana dan peluang-peluang pelaburan untuk perkembangan ekonomi rakyat dan juga Negara Malaysia.