Dilantik Ketua Musllimat Tapi Tak Arif Politik

271

KUALA TERENGGANU – Walaupun tidak tahu menahu tentang politik, beliau menerima pelantikan sebagai Ketua, semata-mata kerana ingin berjuang untuk Islam.

Mantan Ketua Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, Ustazah Fatimah Ismail, 93, berkata, beliau diamanahkan jawatan tersebut pada awal penubuhan sayap parti itu di Besut pada tahun 1958.

“Tetapi kerana hendak memperjuangkan Islam, saya masuk PAS, masa itu tidak tahu apa satu,

“bila berkahwin dengan Allahyarham Ustaz Daud Abdul Samad Mantan Menteri Besar Terengganu pada 1959, selalu ikut dia pergi program,

“barulah tahu dan bergerak cergas dalam perjuangan parti,” jelasnya yang lebih dikenali sebagai ‘Mok Su’.

Beliau berkata demikian ketika di hubungi, menjelaskan kenyataannya pada program temubual ‘Slot Nostalgia’ yang disiarkan menerusi Lubna TV, pada 21 Julai lalu.

Ustazah Noraidah Sulaiman

Dalam pada itu, Mantan Setiausahanya, Ustazah Noraidah Sulaiman berkata, tidak ramai wanita mahu melibatkan diri dengan perjuangan PAS pada masa itu.

Katanya, hanya mereka yang rapat sahaja menyertai dan istiqamah bersama Muslimat PAS.

” Masa dulu kalau hendak buat Mesyuarat Agung, Mok Su ramai kenal orang, Mok Su akan pergi ambil muslimat seorang-seorang dari rumah ke rumah,

“hinggalah boleh buat Mesyuarat Agung, begitulah selalunya sehinggalah muslimat Negeri Terengganu ini celik mata dan berminat,” ujar beliau.

Justeru beliau bersyukur kerana pada masa kini, organisasi Muslimat telah berkembang dan keanggotaannya meliputi semua golongan kaum hawa.

“saya gembira sekali melihat Muslimat, sentiasa mengambil berat dan suka hendak ikut PAS,” ujarnya.