“Dia Buka Pintu Dan Dia Juga Tutup Pintu”

166

KUALA TERENGGANU – “Ada orang kata, dia bukan pintu, dia juga tutup pintu! kita tak tahu apa uang berlaku sebenarnya kita perhatikan saja lah,” kata Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu itu menjelaska rakyat tidak tahu sebenarnya, apa pendirian Umno tentang isu perpaduan dan penyatuan Melayu Islam.

Katanya, sebagai sebuah parti Islam, PAS sangat berusaha dan menggalakkan penyatuan umat kerana perkara itu digalakkan dalam agama.

“Dengan perpaduan, penyatuan Dan kesatuan orang Melayu Islam akan jadi lebih kuat, bila kita berpuak-puak dan ‘bersuku-suku’ potensi Untuk brroecah sangat kuat,

“Cuma konteks negeri Terengganu saya tak PASTI Sebab saya baca laporan dalam akhbar yang Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS,

“tapi nampak sehari dua selepas itu Jawatankuasa Perhubungan Umno menyatakan sebaliknya, Saya tak tahu apa cerita sebenarnya,’ jelas beliau alabila ditanya wartawan pada Khamis, 23 Januari.

Oleh itu katanya, PAS sudah lama berusaha dan mengajak semua pihak, orang Melayu dan Islam untuk bersatu, tidak semestinya dengan Umno sahaja.

“Asas perpaduan dan penyatuan itu adalah cukup baik dan memang kita nak berpadu, sesiapa sahaja bukan sahaja sahaja Umno,

“Sesiapa sahaja yang nak bersatu atas nama perpaduan dan kesatuan adalah pendirian yang cukup baik,

“kita ‘kabor’ lama dah nak meyakinkan kesatuan Melayu Islam ni lama dah, sesiapa sahaja tidak mesti Umno sahaja,” tegas beliau lagi.

Justeru katanya, pihak media perlu bertanya kepada Umno apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang dimaksudkan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.

“Macam saya kata tadi, hari ni buka kemudian sehari dua tutup, saya tak tahulah apa sebenarnya,
.
“kita tengok dan baca berita je, baru nok faham molek, nok duduk molek, aik…tutup doh kena tanya pihak satu lagi lah!,” kata beliau.