DHPP Mahu Lahir Pemimpin Tahu ‘Dosa Dan Pahala’

625

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu berhasrat, melahirkan kepimpinan bukan Islam yang mengambil kira perhitungan dosa dan pahala dalam setiap tindakan mereka.

Ketuanya, Dr. Balachandran berkata, untuk tujuan itu, satu mesyuarat telah diadakan bagi mengemaskinikan struktur serta keberkesanan DHPP dalam persada politik terkini.

“hubungan erat dan khidmat kepada masyarakat bukan Islam dapat di realisasikan secara khusus,

” untuk menonjol DHPP Terengganu sebagai satu entiti untuk mendokong konsep Islam memimpin perpaduan,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Menututnya, semua inisiatif tersebut amat penting dan relevan memandangkan pilihan raya umum kali ke-15 yang bakal menjelang.

“agar PAS menjadi pilihan pengundi bukan Islam untuk mewakili serta menjaga hak mereka,

“dalam memberikan keyakinan bahawa parti PAS yang dasar perjuangan Islam dapat memberi Rahmat untuk Semua,” tambahnya.