DHPP Berusaha Dampingi Anak Muda Tidak Berparti

340

ALOR SETAR – Dewan Himpunan Pendukung PAS menyatakan komitmen untuk mendekati anak muda yang tidak berparti khususnya kalangan anak muda.

Penolong Setiausaha DHPP Pusat, R. Hareetaran berkata usaha dilakukan itu untuk menyampaikan mesej bahawa PAS adalah sebaik-baik pilihan.

Tegasnya, DHPP menyokong penuh Ucapan Dasar Presiden yang menyentuh mengenai usaha mempertingkatkan sokongan pengundi rentas kaum, umur dan agama.

“Selama ini memang telah wujud undi rentas kaum dan mereka (mula) melihat PAS sebagai sebuah parti yang selalu memberikan ketenangan di kala mereka tidak lagi mempercayai parti lain.

“Anak muda yang menguasai media sosial pada hari ini sedang menanti siapa yang boleh membawa sesuatu yang baik bagi menjamin masa depan mereka maka sudah tentu PN akan bawa Malaysia ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS, di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, Kompleks PAS Kedah, semalam.

Melihat situasi yang berlaku pada masa kini beliau dengan penuh yakin PAS akan menguasai lebih banyak negeri.

“Ambo yakin bulan yang menerangi Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menerangi seluruh bumi Malaysia apabila menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15,” ujarnya lagi.