Dewan Ulamak Sokong Perlantikan Datuk Ahmad Yaakob Sebagai MB

1449
http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/Datok%20Ahmad%20yaakob%20mengangkat%20sumpah.jpg

Setiausahanya, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, ia adalah kesinambungan kepimpinan ulamak, selepas Kelantan melantik Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS menjawat jawatan tersebut, dua puluh tiga tahun yang lalu.

“apabila Tuan Guru Abdul Nik Aziz bersedia untuk menyerahkan mandat (sebagai MB) yang baru kepada penggantinya, menunjukkan bahawa PAS tidak pernah ‘kering’ daripada kepimpinan ulamak.

“dan (kerana) Dato’ Ahmad Yaakob adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang mempunyai kredibiliti tersendiri (dan) kualiti memimpin, mungkin pada peringkat awal (beliau) tidak ‘sehebat’ Tuan Guru Nik Aziz, tapi dia boleh pergi lebih jauh berdasarkan pengalamannya yang panjang,”ujarnya

Beliau berkata demikian di Pejabat Perlimen PAS Kuala Nerus di sini pada Ahad petang, 6 Mei, ketika diminta mengulas perlantikan tersebut [Lihat Video]

Katanya, Dewan Ulamak PAS mendoakan kejayaan Dato’ Ahmad dan bersedia untuk membantu beliau dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai Menteri Besar.

Dato’ Ahmad Yaakob telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan  Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian pada jam 6.30 petang semalam, Isnin 6 Mei.

Beliau yang juga ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.

Sementara itu ADUN Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pula mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri besar.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada 6 petang itu turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Mufti negeri Kelantan Datuk Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.