Dewan Senat Mesir Bersidang Hari Rabu 26 Disember

1030
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/anggota%20sent%20baru%20dilantik.jpg

Sidang akan dimulakan dengan pengisytiharan undangan Presiden Mursi kepada anggota-anggota dewan oleh Speaker, Dr.Ahmed Fahmi sebelum majlis angkat sumpah bagi 90 anggota baru berlangsung.

Selepas Pilihanraya Dewan Senat Februari tahun ini, dewan dianggotai seramai 180 anggota yang dipilih oleh rakyat. Perlembagaan menetapkan, satu pertiga atau 90 anggota lagi dilantik oleh Presiden.

Sidang esok juga adalah sebagai simbolik ‘perpindahan’ kuasa perundangan yang sebelum ini di tangan Presiden Mursi selepas Dewan Rakyat dibubarkan Jun tahun ini.

Dewan Senat akan menjalankan tugas-tugas Dewan Rakyat sehingga Pilihanraya Parlimen berlangsung selewat-lewatnya akhir Februari depan iaitu 60 hari selepas pungutan suara

Presiden Mursi melantik lima wakil Al-Azhar daripada 90 orang Anggota Dewan Senat yang akan mula bersidang esok, Rabu.

Mereka ialah [Gambar atas dari kanan]:

1) Dr.Hasan Syafie (Anggota Panel Penggubal Perlembagaan)

2) Dr. Muhammad Muhanna (Penasihat Syeikh Al-Azhar)

3) Dr.Abdul Daim Nasir (Penasihat Hal Ehwal Pendidikan Syeikh Al-Azhar)

4) Dr.Nasr Farid Wasel (bekas Mufti Mesir dan Anggota Panel Penggubal Perlembagaan)

5) Dr. El-Qosobi Mahmoud Zalat (Anggota Akademi Penyelidikan Islam dan Pensyarah Tafsir dan Ulum Al-Quran Universiti Al-Azhar)

Turut dilantik ialah Syeikh Masyayeikh Tariqat Mesir, Dr.Abdul Hadi El-Qusaibi yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Sufi Mesir.

Sehubungan itu beberapa perkara secara langsung berlaku sebaik sahaja keputusan rasmi pungutan suara termasuk;

1) Terbatal semua dekri-dekri terdahulu sama ada dari Majlis Tentera atau Presiden

2) Anggota Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan berkurang daripada 19 kepada 11 orang sahaja.

3) Kuasa perundangan akan berpindah dari tangan Presiden kepada Dewan Senat sementara sehingga terbentuknya Parlimen baru.

4) Pilihanraya Parlimen akan datang dibentuk melalui dua sistem; iaitu sistem “senarai parti” (diwakili dua pertiga anggota) dan “individu” (satu pertiga).

Pada perkembangan lain, lapan aktivis wanita pembangkang mesir membotakkan kepala mereka di Dataran Tahrir kerana memprotes keputusan referendum dustur mesir sebelum suruhanjaya pilihanraya mengumumkan keputusan rasminya semalam di mana 63.8% pengundi menyokong dustur tersebut.