Oleh : Nooreni Abu Bakar
MARANG – Dengan lebih 70 peratus pengundi berumur 50 tahun ke bawah, PAS Terengganu yakin mereka lebih bermaklumat dan memilih parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘optimis’ PAS akan kembali memerintah negeri Terengganu Darul Iman ini.


“apatah lagi dalam perkembangan para pengundi yang akan menghadapi pada PRU ke 14, 72 peratus pengundi adalah berusia 50 tahun ke bawah, merupakan generasi lepas merdeka yang kita rasa mereka lebih bermaklumat, ” ujar beliau.
Beliau melahirkan keyakinan itu ketika berucap pada Ijtimak Pilihanraya PAS Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila pada Sabtu 30hb. Julai.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menambah, “Dengan media baru yang ada, dengan maklumat yang ada, mereka yang berumur 50 tahun ke bawah, lebih 53 peratus merupakan dari kalangan pemuda sampai akses kepada dasar dan perjuangan kita.”


Oleh itu, katanya, kekuatan yang ada pada PAS perlu digembeling semaksima mungkin untuk kita mempertahan 15 DUN yang dimenangi pada PRU lalu.
“kita juga mensasarkan 5 DUN yang mungkin untuk minima sebanyak 22 DUN dalam pilihanraya akan datang kita raih kemenangan,”katanya dihadapan lebih 5000 petugas-petugas PAS daripada seluruh Negeri Terengganu.


























