Yayasan Amal Malaysia menghantar 17 orang delegasi ke negara terakhir yang ditubuhkan didunia, Republik Sudan Selatan di benua Afrika dengan membawa misi ‘Khidmat Komuniti dan Korban’.
Menurut Presidennya Tuan Haji Hussein Ismail, pelbagai pakar yang berkeahlian bidang-bidang termasuk perubatan, pembangunan masyarakat, pertanian, pendidikan dan keselamatan, bersama dalam misi tersebut.
“fokus kita adalah korban, kita membawa bersama (penyertaan) korban sebanyak 95 ekor lembu dan 200 ekor kambing,
“akan melaksanakan ibadah korban di Republik tersebut dan mengagih-agihkan daging korban,”ujarnya ketika ditemui pihak media di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, sejurus sebelum berlepas.
Selain itu, beliau berkata, misi ke Sudan Selatan itu turut melaksanakan ‘Khidmat Tanpa Sempadan’ (Charity Without Border), satu kerjasama khidmat kemasyarakatan gabungan antara Badan NGO kebajikan tempatan dengan ahli-ahli delegasi Yayasan Amal





























