Dekati Orang Kampung Untuk Membina Umat

1320

MARANG – Bekas-bekas pelajar Ma’ahad Darul Quran (MDQ) digesa mendekati masyarakat kampung bagi membina umat mendalami ilmu ugama dan meneruskan perjuangan Islam.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tujuan MDQ ditubuhkan adalah untuk menguasai ilmu ugama walau pun peringkat rebdah, sesuai dengan keperluan orang kampung.

IMG-20160709-WA0054“apa yang perlu diketahui adalah mengapa (Ma’ahad) Darul Quran ditubuhkan. (Ia) ditubuhkan bagi para pelajar untuk menguasai bahasa Arab, menguasa ilmu al-Quran, menguasai ilmu agama sepenuhnya,

“dengan sebab itu, lepas pelajarnya diterima oleh masyarakat lebih daripada orang lain kerana orang kampung pun reti (faham) juga,

“yang pentingnya kita boleh menguasai ilmu ugama walau pun peringkat rendah (tetapi) sesuai dengan orang kampung kerana kita kena sedar untuk membina umat adalah dengan masyarakat kampung dahulu,”jelasnya.

Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni MDQ di Rusila, pada Sabtu 4 Syawal.

IMG-20160709-WA0039Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memberi peringatan agar kerajaan Malaysia tidak menghalang usaha orang Islam untuk menubuhkan sekolah-sekolah agama.

“ini masalah Islam yang kerajaan kena sedar, kita baru selesai (mengemukakan usul) Rang Undang-undang Persendirian di parlimen untuk melaksanakan syariah,

“(dan) kerajaan pusat jangan halang (penubuhan dan) pengakatifan sekolah-sekolah ugama, sekiranya mahu berbaik dengan orang-orang Islam,”tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru semua lepasan pelajar MDQ sangat penting untuk melaksanakan taggungjawab menyampaikan risalah Islam.