Terengganu, Malaysia

Dekati Masyarakat, Tawan Hati Pengundi

Dekati Masyarakat, Tawan Hati Pengundi

Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS – Ameerah mesti melibatkan diri dengan masyarakat dalam semua bidang samada dakwah, berorganisasi dan kemasyarakatan.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zaroni Osman berkata, sudah tiba masanya Ameerah menonjolkan diri membantu parti (PAS) menawan hati pengundi.

“Sekarang bukan lagi masa orang muda khususnya Ameerah menyembunyikan diri seperti yang diceritakan oleh al-quran tentang kisah pemuda yang menyelamatkan aqidahnya di dalam sebuah gua iaitu kisah Ashabulkahfi,

“Kita melihat orang muda khususnya iaitu golongan umur 21 hingga 40 tahun amat kurang melibatkan diri mereka dengan program jemaah,

“Kebanyakannya menyebunyikan diri walaupun bukan didalam gua seperti kisah Alkahfi, tetapi mereka bersembunyi dirumah masing- masing. ujarnya lagi.

Dekati Masyarakat, Tawan Hati PengundiBeliau berkata demikian dalam program Gerak Mujahidah 2, 17 Jun, semalam,disini.

Program yang menghimpunkan tiga sayap muslimat muda PAS iaitu Ameerah, Nusaibah dan Briged itu bagi menyuntik semangat dalam menghadapi PRU14 nanti.

Menurut beliau, sudah tiba masanya orang muda bersama dalam satu wadah seperti Ameerah bagi melaksanakan gerak kerja jemaah dalam semua aspek.

“Dalam situasi hari ini, pengundi muda berumur 21 hingga 40 tahun lebih ramai daripada pengundi veteran, lebih kurang 70 peratus terdiri dari pengundi muda,

“Oleh itu dalam suasana politik yang kian mencabar, tenaga orang muda amat diperlukan untuk menghadapinya, tegasnya.

Justeru beliau menyeru agar Amerah Kawasan Kuala Nerus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Suasana yang ada dalam negara ini amat membimbangkan dengan gejala sosial yang tidak dapat dibendung serta penyalahgunaan kuasa , ketidakadilan , rasuah dan keborosan.

Dekati Masyarakat, Tawan Hati PengundiTerutama sekali dalam pergaulan bebas, mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan pedaftaran negara ,angka yang dikeluarkan amat membimbangkan.

“Kita lihat tahun 2013 hingga 2015, hampir 160 ribu orang anak yang tak sah taraf dilahirkan,

“Gejala ini (seolah-olah) tak ada jalan penyelesaian. Setiap tahun ianya bertambah dan yang menjadi permasalahannya ia berlaku dikalangan umat Islam”, katanya.

Jelasnya, tamadun yang dibina oleh Islam mengangkat darjat umatnya , kini menuju kearah kehancuran . Masyarakat hari ini menuju kembali ke tamadun jahiliah yang dipelopuri oleh Orientalis barat yang mendapat sokongan kuat dari Yahudi.

“Bila kemodenan yang dikejar tidak diseimbangkan dengan pembangunan insan maka sesebuah ketamadunan bangsa dan negara itu akan musnah”, tegasnya.

Oleh itu kata beliau, gejala kemusnahan ini tidak boleh dibiarkan. Kita mesti berusaha bersungguh – sungguh untuk mengembalikan martabat umat Islam sepertimana ketamadun Islam yang diterap oleh generasi pertama awal Islam.

Beliau turut meletakkan harapan yang tinggi pada Ameerah supaya bersungguh memberi kesedaran kepada mesyarakat Islam yang masih mempunyai iman agar kembali ke cara hidup Islam yang sebenarnya.

“Gunakan setiap kepakaran yang ada dalam menangani kejatuhan ini supaya tidak terus kecundang”, tegasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan