Dato’ Wan Mutalib Sertai Kepimpinan PAS Pusat

2395

KUALA TERENGGANU – Tokoh veteran PAS Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong yang telah dilantik sebaga Ahli Jawatankuasa (AJK) berkata, beliau belum sempat menghadiri mesyuarat PAS Pusat yang lalu.

wan mutalib raya batu burokNamun begitu, beliau akan mengemukakan beberapa cadangan untuk memperkuatkan perpaduan dalam parti itu.

“saya tak tahu lagi macamana nak rasakan keadaan……..saya tak tahu (nak kata kerana) saya dipanggil berkhidmat semula (sebagai AJK PAS Pusat)………saya kata saya tak berkemapuan sebagaimana saya telah termampu terdahulunya,

“sehingga hari ini saya belum hadir mesyuarat, dan in sha Allah kalau saya sempat hadir, saya akan mengemukakan beberapa perakuan yang akan boleh memberi semula kekuatan perpaduan dalam PAS kita, demi untuk menegakkan agama Allah,”jelasnya.

https://youtu.be/Wze7s0pp8tA

Mantan ADUN Batu Burok itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Eidulfitri Majlis Tindakan DUN (MTD) tersebut yang diadakan di Dataran Wisma KOKHIDMAT, Kuala Ibai pada Sabtu 1 Ogos.

raya batu burok1Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh hadirin meneruskan perjuangan untuk merealisasikan amanah Allah bersama PAS dengan prinsip dan dasarnya, dan bukan menumpang mana-mana pihak yang tidak mempunyai hala tuju.

“saya harapkan tuan-tuan dan puan-puan sebagai pencinta kepada merealisasikan amanah Allah ini, (marilah kita) meneruskan perjuangan diatas prinsip dan dasar kita,

“dan bukan menumpang ‘orang-orang’ yang tidak tahu haluannnya, saya harap kita terus beristiqamah untuk melihat kejayaan seterusnya,”tegasnya.

IMG_20150802_203317Sehubungan itu, Pengarah MTD Batu Burok Ustaz Mohd Soud Said mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran yang ramai pada majlis tersebut.

Beliau yang ditemui berkata, sambutan kepada Majlis tersebut adalah diluar jangkaan.

Apabila ditanya tentang ucapan Dato’ Wan Mutalib yang menyebut, kelibat Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang tidak kelihatan di Majlis itu, beliau menjelaskan bahawa Syed Azman yang juga Penasihat MTD Dun itu tidak berada di Terengganu.

raya batu burok“Beliau dan juga pembantu peribadinya (Syed Azman) ada menghubungi saya melalui aplikasi WhatsApp mengatakan bahawa beliau dalam perjalanan pulang dari luar negara dan baru sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Ustaz Soud berkata, tidak timbul sebarang isu bahawa Syed Azman mahu meminggirkan majlis tersebut berdasarkan sebab dinyatakan beliau walaupun beberapa pihak ada bertanyakan mengenai ketidakhadiran Syed Azman ke majlis berkenaan.

“Ada orang bertanya tetapi saya kata sebagaimana sebab dinyatakan kepada saya,” katanya.