KUALA SELANG0R – Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan penyandang jawatan Haji Mohamad Sabu bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
Pengerusi Jawtankuasa Pemilihan PAS Haji Asmuni Awi mengisytiharkan demikian setelah tempoh kira-kira tiga jam berlalu dari masa akhir membuang undi pada hari pertama Mukatamar PAS Kali yang Ke-61.
Sebelum itu, beliau telah mengisytiharkan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menewaskan pencabarnya Ustaz Ahamad Awang sekaligus mempertahankan jawatan sebagai Presiden PAS bagi penggal ke enam berturut-turut.
“Jumlah kertas undi yang berada dalam peti undi adalah sebanyak 1161, jumlah kertas undi yang tidak dikembalikan adalah satu, tiada undi rosak,
“keputusan pemilihan adalah seperti berikut; Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang 928 (undi), Ustaz Haji Ahmad Awang 233, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Ustaz Abdul Hadi Awang telah dipilih sebagai Presiden PAS bagi sesi 2015 – 2017,”ujarnya malam semalam, kira-kira jam 10.15 malam Khamis 4 Jun.
https://youtu.be/DFyY0CJyBNQ
Haji Asmuni yang juga Bendahari PAS diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Panitian Muktamar PAS Kali Ke-61, Datuk Yakiyuddin Hassan.
Pada kira-kira jam jam 11.00 malam, beliau membuat pengumuman pula bagi keputusan pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
“berikut adalah keputusan bagi jawatan Timbalan Presiden…..sebelum saya umumkan keputsuan atau jumlah undi yang diperolehi oleh setiap calon, terlebih dahulu saya ingin umumkan akan perkara-perkara berikut,
“jumlah perwakilan berdaftar yang layak mengundi adalah seramai 1189 (orang) jumlah kertas undi yang dikeluarkan adalah sebanyak 1162, jumlah kertas undi yang berada dalam eti undi 1161, jumlah kertas undi yang tidak dikembalikan satu, jumlah kerta sundi yang rosak (adalah) 1,
“keputusan pemilihan adalah seperti berikut; Mohamad bin Sabu 279 (undi) Dato’Tuna Ibrahim Tuan Man 881,”kata Haji Asmuni.
Lebih kurang jam 12.20 malam, pengumuman pemenang bagi jawatan naib-naib Presiden dibuat, yang melihat ‘penyingkira’ ketiga-tiga Naib Presiden Salahuddin Ayob, Dato’ Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa dari jawatan masing-masing.
Ahli Parlimen Bukit gantang Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang masing-masing medapat 942, 801 dan 778 undi, diisytiharkan sebagai pemenang.
Kira-kira jam 12.30 malam, Haji Asmuni juga telah mengisytiharkan 18 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang telah mendapat undi terbanyak seperti dibawah;
1-Tantawi (782)
2-Dr Riduan (782)
3-Nasarudin Daud (777)
4-Salehan Mukhyi (763)
5-Nik Zawawi (749)
6-Dr Khairudin Aman Razali (736)
7-Dr Fadhli Hassan (722)
8-Abdullah Husin (679)
9-Razman Zakaria (674)
10-Dr Zuhdi Marzuki (670)
11-Mokhtar Senik (656)
12-Zaharuddin Mohamad (611)
13-Dr Ali Gulasan (596)
14-Mazlan Aliman (593)
15-Dr Rosni Adam (590)
16-Mohd Nor Mohammad (566)
17-Sanusi Mohammad (560)
18-Norazli Musa (544)










