KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak layak untuk menyaingi Presiden PAS apatah lagi untuk mengambil alih jawatan tertinggi dalam PAS itu.
“tak layak lagi…….ini hak kawasan untuk mencalonkan, bagi saya terlalu awal……..saya ucap terima kasih kepada PAS Kota Bharu,
“Dato’ Husam pernah menyebut bagi dia…….. 10 kali ganda dia pun belum mampu untuk bersaing (menyaingi) Presiden (Dato’Seri Abdul Hadi),
“bagi saya 52 kali ganda pun saya tak mampu nak berlawan dengan PresiDen…..bukan saingan saya,”ujarnya ketika ditemui pihak media ketika proses penamaan calon PRK Dun Chempaka yang berlangsung di Kota Bharu semalam.


Bahkan, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang memberi komitmen dan menyeru semua ahli PAS agar mengekalkan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS.
“komitmen saya bahawa Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu dikekalkan dan tidak ada yang layak menyaingi dia dalam konteks waktu ini dalam menerajuk parti,
“saya mengharapkan beliau dikekalkan sebagai Presiden parti,”tegasnya.
Ustaz Tuan Ibrahim juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menjadikan soal keuzuran Ustaz Hadi sebagai alasan untuk tidak lagi diamanahkan sebagi Presiden.
“saya tengok dia OK….dulu (memang) dia tak sihat…….tapi sekarang OK…..dia hadir mesyuarat dan dia dapat jemputan dari seluruh dunia dan dia hadir program-program tersebut,
“jadi faktor keuzuran tak timbul…..,”katanya.
Beliau turut mengharapkan seluruh kawasan-kawasan PAS seluruh negara mendokong kepimpinan Dato’ Seri TuanGuru Abdul Hadi kerana beliau layak sebagai Presiden PAS buat masa ini.




























