Terengganu, Malaysia

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Hadir Persidangan Atas Permintaan Sunni Iran

Abdul Hadi Khamanei1

Tidak timbul sebarang percanggahan pandangan antara Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Ketuanya Syeikh Dr. Yusof Qardhawi, dalam pemergian beliau, yang juga Presiden PAS, ke Persidangan di Iran.

persidanga IranSetiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran Ustaz Abdul Hadi itu ke Konferens berkenaan adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr. Abdurrahman Bayraan.

“Dr. Abdurrahman Bayraan adalah orang sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran,

“Selain dari itu Tuan Guru Presiden PAS juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya di waktu ini,”jelas Dr. Samsuri.

persidanga Iran1Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengulas beberapa ‘komen liar’ yang dimuat naik dalam laman sosial berkait perkara tersebut.

Menurutnya, Ustaz Abdul Hadi juga telah memaklumkan pemergiannya itu beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (Kesuatuan Ulama Islam Sedunia) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur pada bulan lepas, dengan hujah di atas.

“Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari Tuan Guru (Ustaz Abdul Hadi) antara tokoh yang turut pergi {ke Persidangan Di Iran itu) ialah Mufti Bosnia Herzegovina Sheikh Dr. Mustafa Ceric,

Abdul Hadi Khamanei“Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyidul Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly yang juga mantan Mufti Umat Islam Australia serta wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi,”tegasya.

Beliau menambah, isu yang dibangkitkan dalam Konferensi tersebut adalah mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini, yang memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam.

“dan insyaAllah Dato’ Seri Tuan Guru sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas.

“Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya vyang sesuai untuk program berkenaan (setelah beliau kembali ke tanah air),”jelasnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan