Darurat Jelmakan Wajah Sebenar

148

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan YB Tuan Guru Presiden PAS mengenai darurat bukanlah masa sesuai berbalah jawatan Perdana Menteri.

Darurat Kesihatan ini sewajarnya menjadi medan untuk menyatupadukan semua pihak terutamanya orang politik bagi berhadapan dengan ancaman COVID19.

Darurat ini juga sebenarnya menunjukkan wajah sebenar parti-parti politik yang tidak mempedulikan nasib rakyat, namun, mengutamakan nasib jawatan Perdana Menteri.

DPPNT menggesa semua pihak untuk bersama pihak kerajaan melandaikan kebolehjangkitan COVID19 ini.

Sebenarnya rakyat sudah semakin bosan dan jemu dengan telatah ahli politik yang semangat politikingnya sama naik dengan kes COVID19.

Sabarlah dahulu. Sesudah COVID19 dapat kita bendung, cadangkan dan pilihlah Perdana Menteri dan parti pemerintah yang kalian mahukan.

Kami mengajak semua pihak, baik dipihak kerajaan mahupun pembangkang, lakukan gencatan politik sekejap. Bagi laluan untuk kita menguruskan krisis kesihatan yang tiada diketahui tempoh hentinya ini.

Nasir Razak
Ketua Dewan Pemuda Pas
Negeri Terengganu
25 Januari 2021