Dari Stadium Tercanggih RM292 juta Kepada Stadium Tidak Berbumbung RM392 juta

4182

KUALA NERUS – Kerajaan harus telus membelanjakan wang rakyat dan mesti mengambil tindakan ke atas pesalah yang melakukan sebarang kesilapan dalam pembinaan bangunan kerajaan.

PAS kesal kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu (BN) tidak mengambil sebarang tindakan kepada pihak yang melakukan kesalahan sehingga runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

keadaan padang stadium“Yang pertama, soal Stadium Sultan Mizan yang runtuh dan sudah beberapa tahun tak dibaiki, dan sudah tahu siapa yang salah, dan sudah tahu di mana kesilapannya, dan baru-baru ini diumumkan bahawa kerajaaan akan membaiki stadium ini dengan tambahan kos RM100 juta.

“Ini kenyataaan daripada pihak kerajaan. Tambahan RM100 juta dengan stadium ini tiada bumbung, dulu harga stadium asal, RM290 juta,”ujar Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu YB Dr. Alias Razak.

Menurutnya, beliau turut kesal kerana kerugian kerajaan rakyat dan kerajaan Terengganu bertambah sebanyak RM50 juta apabila kelengkapan stadium tersebut termasuk peralatan ‘bowling’ dan alat penjana elektrik (generator set).

“(selepas) runtuh bumbung dan dianggarkan kos hilang (pula) kelengkapan ‘bowling’ RM50 juta dan ‘genenerator set’ dan sebagainya, untuk membolehkan stadium ini digunakan, pihak kerajaan memperuntukkan sebayak RM100 juta termasuk membaiki gelanggang bowling dan stadium yang rosak.

022“Kita nak tahu apakah tindakan pihak kerajaan kepada kontraktor yang menyebabkan runtuh? (Adakah) pembaikian ini adakah ditanggung oleh kerajaan yang menggunakan duit rakyat atau kontraktor yang cuai.

“Jadi, maksudnya, stadium ini sudah menjadi harga hamper RM 400 juta,”tegas beliau yang meminta penjelasan pihak kerajaan.

Dr Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal berkata, sepatutnya kontraktor yang bersalah harus diambil tindakan dan belanja ini sepatutnya adalah ditanggung oleh kontraktor.

“kerana kesilapan itu kesilapan kontraktor……..kenapa apabila tukang buat, kita yang kena ‘repair’ tanpa ada tindakan apa-apa kepada tukang buat,”

“Kerajaan harus bertanggungjawab dan menjawab segala kekeliruan yang ada,”tegasnya

015Stadium yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, dianggap ‘tercanggih’ kerana binaannya pertama di Asia menggunakan rekaan bumbung tanpa sokongan tiang.

Menelan kos yang dianggap ‘melampau’ sebanyak RM292 juta, menyembah bumi pada 2 Jun 2009 selepas tidak sampai setahun digunakan, sekali gus mencetuskan pelbagai polemik serta kemarahan rakyat negeri ini.

Pada 18 Julai 2013, Dewan Rakyat dimaklumkan penggunaan bahan binaan dan kualiti kerja yang tidak mengikut spesifikasi dalam pembinaan SSMZA antara punca yang menyebabkan keruntuhan struktur bumbung stadium terbabit.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jawatankuasa penyiasat kementerian itu juga mendapati faktor lain adalah rekaan bentuk bumbung yang tidak memadai serta pengawasan dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak projek.

Walaupun dikatakan, kontraktor asal yang terlibat sudah didakwa dan sedang dalam proses perundangan, namun sehingga kini rakyat masih tidak dimaklumkan,siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden memalukan itu.

010Berdasarkan perjanjian asal, sepatutnya kos membaik pulih stadium yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 penonton itu ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor terlibat.

Namun pada 13 Februari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan belanja sebanyak RM14.7 juta untuk membaiki tempat duduk di bahagian timur dan barat serta membaiki padang.

“Kita telah melantik dua kontraktor untuk membaiki tempat duduk di kedua-dua bahagian berkenaan yang telah dimulakan pada Oktober 2012 , di mana status di bahagian tempat duduk barat telah mencapai 99 peratus siap, manakala timur 75 peratus dan kedua-duanya dijangka siap sepenuhnya Mei tahun ini.

Beliau juga berkata, dianggarkan kira-kira RM100 juta diperlukan untuk membaiki keseluruhan kemudahan di stadium berkenaan termasuk pusat boling, skuasy, bilik persalinan dan lain-lain kemudahan.

ADUN Kemasik itu juga berkata, stadium itu akan digunakan tanpa bumbung, bagi membolehkan dua pasukan bola sepak Terengganu menjalani latihan di situ.