Dari Mimbar Rusila

1769

Bahagian 1: Aqidah

1. Allah Taala mentaklifkan setiap manusia dengan kemampuan masing-masing. Orang yang bodoh tidak akan ditanya tentang kecerdikannya. Allah akan bertanya pemerintah kenapa tidak melaksanakan syariat. Adapun rakyat tidak akan ditanya mengenainya. Tetapi sekiranya dia benci tentang pemerintah yang tidak melaksana syariat, dia akan mendapat pahala.

2. Orang yang ada keberanian dan kekuatan akan ditanya mengenainya. Ketika melihat kemungkaran berlaku didepan mata dia hanya mencegah dengan hati, maka dia berdosa kerana tidak menggunakan kekuatan untuk mencegah kemungkaran. Adapun sekiranya orang lemah, mereka tidak akan disoal sekiranya dia hanya mampu mencegah dengan hati.

3. Tidak menjadi salah orang yang buta tidak berperang. Dia tidak mendapat dosa. Abdul ibn Makhtum, sahabat yang buta meminta izin kepada nabi untuk berperang dengan menyatakan letakkan aku antara pasukan Islam dan kufur, biar aku mati ditengahnya. Maka rasulullah menurun ayat tidak mengapa orang buta tidak pergi berperang.

4. Allah bahagikan manusia mengikut bahagian masing-masing. Untuk Allah bagi pahala di hari akhirat kelak.

Bahagian 2 : Sirah

1. Kelahiran nabi akhir zaman diceritakan dalam kitab terdahulu. Contohnya perkataan ‘Bakka’. Bakka dengan maksud Makkah. Akan lahirnya saudaramu (keturunan nabi Ibrahim iaitu bangsa Arab) di Bakka satu kawasan yang terpancar air. Bakka juga digunakan dalam surah Imran. Firman Allah :

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

2. Sebagai orang Islam sepatutnya lebih meyakini agama Islam. Dan bagi orang Yahudi dan Nasrani sepatutnya lebih awal lagi masuk Islam kerana mereka mengetahui lebih awal.

3. Ada orang Yahudi masuk Islam apabila mengkaji surah Tin. Buah Tin banyak tumbuh di Palestin tempat nabi Isa. Dan Sinai adalah tempat nabi Musa bermunajat. Kemudian Allah menyebut “baladi amin” bermaksud negara aman iaitu Makkah. Iaitu tempat lahirnya nabi Muhammad. Orang Yahudi tersebut mempersoal mengapakah disebut tiga nabi ini. Sehingga mereka mendapat jawapan iaitu ketiga-tiga nabi ini adalah pembawa agama samawi. Menunjukkan semua agama samawi adalah berasal daripada satu iaitu daripada Allah.

4. Menjadi sunnah Allah memperkenankan doa orang yang soleh. Disebut dalam hadis jangan khianat orang yang melazimi solat jemaah subuh. Jangan khianati mereka walaupun mereka silap, kena buat baik kepadanya walaupun mereka ada silap. Apatah lagi orang yang soleh itu ialah nabi-nabi.

Bahagian 3 : Tafsir

Dinamakan surah a’diyat. Bermaksud kuda-kuda berperang. Surah Makiyyah. Diturunkan sebelum diturunkan perintah peperangan. Untuk memberi semangat kepada para sahabat. Allah memulakan surah ini dengan sumpah. Allah menceritakan alatan perang sepanjang zaman. Allah memperingat tentang hari kiamat.

Tafsiran Ayat.

وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya.

فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.

1. Allah jadikan pada dahi kuda itu berkat. Dan kuda adalah keperluan ketenteraan sehingga hari kiamat. Menunjukkan pasukan tentera cukup penting. Dan hari ini, kuasa besar dunia pun ada kuda. Kerana kuda mampu merentasi kawasan yang tidak boleh pergi. Pasukan berkuda seperti pasukan tentera udara hari ini.

2. Sediakan kekuatan mengikut kemampuan yang ada pada kita. Sediakan kekuatan mengikut kemampuan kita, Islam boleh mengalahkan musuh. Seperti peristiwa Tholut dan Jalut. Begitu juga dengan peristiwa yang terkenal di zaman Saidina Umar.

3. Masa paling baik menyerang musuh ialah ketika subuh. Kerana ketika itu musuh sedang nyenyak tidur. Debu-debu berterbangan. Allah tidak akan menghimpun debu-debu yang mengiringi orang berjuang kedalam neraka di hari kiamat.

4. Allah bersumpah dengan keberanian orang Islam yang berani berdepan dengan musuh. Dalam kitab feqah, harta ghanimah dibahagikan juga untuk kuda. Zaman dulu untuk kuda, zaman sekarang adalah jentera-jentera yang makan minyak.

5. Islam tidak ganas. Islam tidak membenarkan membunuh perempuan, kanak-kanak dan orang tua. Islam tidak membenarkan bom nuklear. Yang membenarkan bom-bom itu adalah kuasa besar dunia. Pengeboman di Hirosyima dan Nagasaki bukan lah cara Islam. Islam berperang dengan beradab. Pengeboman di Jakarta (tempat awam) bukan jihad, tapi jahat.

6. Rasulullah berlepas diri dengan Khalid al-Walid yang membunuh tawanan. Islam juga melarang mencari semula musuh yang telah mati. Dosa orang yang membunuh seseorang tanpa sebab yang betul seolah-olah dia membunuh manusia secara seluruhnya.

7. Rasulullah dalam peristiwa Fath Makkah menyenaraikan 20 orang untuk dibunuh. Tetapi akhirnya Rasulullah hanya menjatuhkan hukuman kepada dua orang sahaja kerana kebanyakkan mereka meminta maaf. Termasuk Wahsyi (orang yang membunuh Saidina Hamzah). Menunjukkan Islam mengalakkan kemaafan.

8. Zaman fitnah orang Islam yang jahil diperalatkan oleh musuh-musuh Islam. Di zaman fitnah ini orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan.

*** Catatan Ditulis Oleh Abdul latif al marangi,
22 Januari 2016.