Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Fiqh Harakah.
1. Pengaruh keluarga yang kuat cukup penting untuk dakwah. Sebagaimana kata nabi Luth. Nabi Luth adalah anak saudara nabi Ibrahim. Diutuskan kepada kaumnya yang kafir dan berbuat maksiat. Mereka sukakan kepada kaum lelaki. Malaikat datang kerumah nabi Luth dengan menyerupai lelaki yang tampan. Kaum nabi Luth itu mahukan lelaki (malaikat) tersebut. Sehinggalah Luth berkata ;
“Mudah-mudahan aku mendapat keluarga yang kuat”.
Kerana nabi Luth ketika itu bersendirian dan tidak mampu untuk menghalang kejahatan kemungkaran kaumnya.
Nabi Luth diperintah untuk meninggalkan rumah bersama dengan keluarganya kecuali isterinya. Menurut ulama’ tafsir, Jibril menampar kaum yang menceroboh rumah nabi Luth sehingga buta. Kemudian malaikat melingkupkan bumi. Dan hari ini tempat tersebut dipanggil Laut Mati. Airnya terlalu masin sehingga ikan tidak boleh hidup. Itu lah kawasan yang dilaknat oleh Allah, makruh kita menziarahinya kecuali untuk mengambil iktibar.
2. Rubaie (generasi awal didikan nabi) memberi tiga pilihan kepada pemerintah Rom ;
a) pilih Islam (masuk Islam).
b) sekiranya tidak mahu masuk Islam, jangan ganggu Islam dan bernaung di bawah negara Islam.
c) jika tidak, berperang.


4. Aminah menjadi penjaga nabi setelah kewafatan ayahnya. Datuknya sentiasa memberi perhatian keatasnya. Abu Lahab cukup gembira apabila nabi lahir. Abu Lahab lah orang yang pertama sambut Maulud Nabi. Tapi bila nabi menjadi rasul, dia orang yang pertama tentang nabi. Ini cerita orang yang sambut Maulud, tapi lawan nabi.
5. Datuknya mencari ibu susuan kepada nabi Muhammad di perkampungan luar bandar (orang Badwi) Kerana menjadi adat penduduk Mekah supaya anaknya yang baru dilahirkan itu dapat menyedut udara yang lebih bersih, disamping untuk memelihara bahasa Arab yang betul.
6. Allah pilih keluarga yang menjaga nabi Bani Saad selama dua tahun untuk susuan. Tapi ibu susuan minta izin untuk menjaga nabi lebih lama. Tiba-tiba berlaku perkara mengerunkan, malaikat datang membelah dada nabi. Adik beradiknya berlari kearah kedua ibu bapanya. Apabila sampai ditempat tersebut, kesemuanya telah selesai. Selepas daripada peristiwa tersebut, Halimah mahu menghantar semula kepadanya.
7. Halimah menceritakan kepada Aminah tentang peristiwa yang berlaku. Dan Aminah menceritakan tentang beliau bermimpi cahaya menerangi sebelum melahirkan nabi Muhammad. Dan selepas daripada itu, nabi tinggal dengan Halimah beberapa tahun lagi.
8. Nabi-nabi dikebalkan jiwa mereka oleh Allah. Allah membantu mengislamkan jin yang bersamanya. Tidak disuruh melainkan tentang perkara yang baik sahaja. Tetapi sebaliknya bagi manusia keseluruhannya. Sebab itu lah mimpi nabi adalah benar. Kesemuanya adalah wahyu daripada Allah. Adapun mimpi manusia biasa boleh jadi benar, boleh jadi daripada syaitan.
9. Sepanjang bersama dengan keluarga Bani Saad, nabi dilingkungi tarbiah. Dan dididik dengan kesederhanaan. Dan dalam keadaan dipelihara bahasa Arab. Kedudukan nabi bersama Bani Saad memberi kesan yang mendalam.
1. Surah ini bermakna huru hara. Salah satu daripada nama hari Kiamat. Kiamat diberi nama hari akhirat, hari kiamat dan lain-lain.
2. Surah makiyyah. Kebiasaanya memberi penekanan kepada aqidah. Dan tumpukan kepada kedahsyatan hari kiamat. Dinyatakan bahawa Allah memberi keputusan kepada manusia dengan seadil adilnya.
3. Hari yang sangat dahsyat. Tetapi manusia yang sangat cerdik, gunung yang kuat akan hancur. Ada saintis yang percaya kepada hari Kiamat kerana mereka menjangka bintang akan hancur. Ada dalam kalangan mereka yang mahu mencipta roket untuk menembaknya, tetapi terlalu besar. Ada dalam kalangan mereka yang masuk Islan apabila membaca Quran apabila diberi hidayah. Dan yang tidak baca Quran, terus dalam keadaan kafir.
4. Gunung yang besar menjadi habuk. Allah sahaja yang tinggal. Amalannya baik yang berat akan berada dalam syurga. Kalimah yang ringan disebut, tetapi berat ditimbang iaitu ;
سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم.
5. Adapun ringan amalan baiknya, banyak sangat amalan jahat maka mereka akan dihumban dalam neraka Hawiyah. Neraka yang dalam yang dihumban manusia didalamnya. Api dunia adalah satu juzuk daripada 70 kali ganda api neraka. Dan seringan-ringan api neraka, apabila diletak api ditapak kakinya, mengelegak otaknya.
Di catat oleh;
Abdul Latif Hanafi al-Marangi,
12 Februari 2016.






























