Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beriman Kepada Hari Akhirat.
1. Adab Menziarahi Orang Mati.
a) Menutup Mata si mati, kerana ;
Rasulullah menziarahi Abu Salamah yang telah mati tapi mata terbuka, rasulullah menutup mata Abu Salamah kerana mata si mati akan mengikut.
b) Mendoakan kebaikan kepada si mati dan ahli keluarga supaya sabar dan diampunkan dosa. Kerana disaat itu, malaikat mnegaminkan doa. Sebab itu apabila berada disisi si mati, banyakkan perkataan yang baik dan banyak berdoa. Dan jangan banyak buat sangkaan yang tidak baik.
Fiqh Harakah
1. Rasulullah dipelihara oleh Allah sehingga tidak ada hujjah sedikit pun untuk menolak Islam yang disampaikan oleh Rasulullah.
2. Ketika nabi masih muda lingkungan usia 14 atau 15 tahun, Rasulullah menyertai perang Fajar, dan nabi berperanan memungut anak panah. Melatih diri nabi menjadi pahlawan yang gagah berani ketika di usia muda lagi.
3. Baginda melihat perjanjian al-Fudhul, yang dimaterai di rumah Abdullah bin Jad’an, oleh keluarga nabi, dengan Bani Asad dan lain-lain untuk membela seseorang yang dizalimi. Apabila seorang yang berniaga di Makkah, tidak dibayar hutangnya. Orang tadi melaungkan bahawa dia telah dizalimi. Maka pembesar Makkah yang baik merasa malu dan membelanya. Perjanjian untuk membanteras kezaliman. Dan Rasulullah merasa bangga dengan perjanjian tersebut walaupun berlaku di zaman Jahiliyyah. Menunjukkan nabi menerima perkara yang baik, walaupun dizaman jahiliyyah. Jika dibawa ketika zaman Islam, maka aku (nabi) akan ikut.
Disini lah nabi mengadakan Tahaluf dengan orang Yahudi Bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quraizah, dan Nasrani Bani Khuzaah dan lain-lain. Mengikut kajian ahli sejarah, orang Islam adalah minoriti, orang kafir majoriti tetapi mereka saling bergaduh. Menyebabkan pengikut mereka bernaung dibawah Islam. Dakwah ini bukan sahaja dengan cakap, bahkan dengan dilaksanakan hukum Islam. Antara sebab musuh Islam takut syariat Islam dilaksanakan sangat ialah apabila syariat Islam dilaksanakan, akan ramailah orang kafir masuk Islam.
4. Islam tidak melarang kita cinta kepada keluarga dan bangsa. Kerana itu fitrah. Tetapi sekiranya ketika kaum kita buat kezaliman pun kita menyokong, maka ini dinamakan Asobiyah. Atas dasar ini, tidak menjadi masalah menerima Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
5. Antara sifat baik yang ada pada manusia ialah fitrah (suci bersih). Ibu bapa dan masyarakat lah yang akan mencorak Yahudi dan Nasrani. Asal manusia bersih, tetapi kerana kesesatan yang datang kemudian, manusia menyembah berhala.
Tafsir Quran | Tafsir Al-Quraisy.
لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْتِ
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
1. Ulama yang pendapat surah ini adalah sambungan daripada surah al-Fill. Bahkan ada dalam kalangan mereka menyatakan al-Fill dan al-Quraisy adalah surah yang sama. Surah Makiyah.
2. Kelaziman orang Quraisy berjalan dimusim sejuk dan panas. Mereka berhajat kepada kemudahan hidup, mereka mesti keluar. Musim sejuk mereka akan ke Yaman (sebelah Timur) dan musim panas mereka ke Syam (sebelah Barat).
3. 9/10 adalah daripada sumber rezeki daripada perniagaan. 1/10 adalah daripada sumber rezeki yang lain. Makkah menjadi Bandar Metropolitan. Menjadi bandar yang hidup untuk beribadat dan berniaga. Kita mesti mengambil iktibar, bagaimana negeri yang kering, diberi rezeki yang banyak.
4. Nabi Ibrahim disanjung oleh orang Yahudi, Kristian, Hindu bahkan semua agama. Cuma kefahaman mereka terhadap adalah salah. Hindu menganggap Ibrahim adalah tuhan. Orang Yahudi menganggap keturunan Ibrahim sahaja manusia, keturunan lain adalah monyet belaka.
5. Asal agama ialah Islam, kemudian agama direka-reka. Sebab itu dituntut untuk kembali menyembah pemilik Kaabah yang sebenar. Menerima hukum syariat Allah. Tuhan yang memberi makan kepada Quraisy. Makkah yang asal kering kontang, dijadikan lebih kaya daripada orang lain. Menjadikan Makkah aman, apabila Allah memelihara mereka daripada tentera bergajah. Mereka boleh berjalan dalam keadaan aman. Sepatutnya mereka menerima kebenaran yang diajar Nabi Muhammad. Mereka pernah diuji dengan Kemarau, kemudian mereka pernah ditawan, kemudian Islam menyelamatkan. Sepatutnya mereka beriman kepada nabi yang benar, tetapi sayangnya mereka mendustakan nabi yang benar.
6. Ada dalam kalangan mereka (Quraisy) yang takut untuk ikut Islam. Kalau ikut Islam, laparlah kami. Kalau ikut Islam, kami akan diseranglah sebab seluruh dunia kafir (ketika itu), pasti kami akan diserang. Sedangkan Allah meletakkan mereka dibumi Makkah. Mereka tidak yakin dengan janji Allah. Begitu juga kita penduduk selain Makkah. Allah uji, orang Islam lupa kepada Islam.
7. Apabila orang Arab dilalaikan dengan harta, Allah datangkan Bukhari Muslim daripada Asia Tengah, Allah lahirkan Qurtubi daripada Sepanyol untuk memelihara ilmu Islam. Allah lahirkan Solahudin daripada bangsa Qurdis (Mesir) untuk mengalahkan salib. Dan pernah Muhammad Khatib orang Melayu yang menjadi Imam Makkah kerana orang Arab ketika itu tidak pandai baca Quran.
8. Negeri orang Islam ditakluk. Orang kafir tidak akan boleh padam cahaya Islam. Mereka melantik orang Islam memerintah negeri Islam tetapi melantik orang yang bebal yang tidak mahu melaksanakan syariat Islam. Namun ilmu, Islam tidak akan berjaya dihalang. Allah mentakdirkan pasang surut, menang kalah bagi Islam.
Catatan,
Abdul Latif Hanafi Al Marangi,
18 Mac 2016.
https://youtu.be/GzntM0Kvxwo
https://youtu.be/L4FhHCNcsB8
https://youtu.be/u2k0BQ_gElU
https://youtu.be/gitrwmuqdfo






























