Terengganu, Malaysia
Rencana

Dari Masjid Rusila Kuliah 6 Sya’ban 1437

masjid rusila

Dari Meja Rusila | Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kitab Beriman Hari Akhirat.

1. Cuaca dunia tidak menentu adalah tanda-tanda awal kiamat. Apabila manusia melakukan kerosakan.

2. Manusia akan dihisab oleh Allah di hari kiamat kecuali mereka yang tiada akal, dimaafkan oleh Allah. Penghujung dunia adalah akhirat, bukan wawasan 2020. Ini lah wawasan kehidupan manusia. Firman Allah ;

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

3. Allah menyuruh supaya membersih jiwa dan beriltizam dengan syariat Allah. Iltizam dengan maksud komited. Bukan hanya ketika semangat sahaja. Firman Allah ;

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

IMG-20160513-WA0125Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۖ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۖ وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. – Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya – “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)”.

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dengan itu lahirlah individu yang tunduk kepada perintah Allah.

Tafsiran Surah An Nas.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

إِلَٰهِ النَّاسِ

“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

IMG-20160513-WA0126“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ

“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

1. Surah ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama samaada makiyyah atau madaniyah. Ibnu mas’ud menyatakan makiyyah. Satu riwayat ibnu abbas ialah madaniyyah. Tidak menjadi masalah makiyyah dan madaniyah kerana ianya petunjuk. Dan ianya disusun sebagai surah terakhir walaupun ianya bukan surah terakhir diturunkan. Menjadi penutup kepada Quran.

2. Disusun sebagai surah terakhir mempunyai hikmah yang besar. Allah memberi kemuliaan kepada manusia yang mempunyai roh, akal untuk mentadbir alam ini. Makhluk lain gerun untuk memikul amanah ini.

3. Syak ialah ragu kepada Islam. Syak jadi kafir, keluar dari Islam. Was was ini ialah lintasan di dalam hati. Was was berbeza dengan syak. Termasuk dalam jihad menentang syaitan. Mereka yang ada was was bermakna orang itu ada iman di dalam hati. Jadi kita minta supaya Allah menjauhkan syaitan al Khannas yang membuat kita was was.

4. Syaitan ada dua jenis. Syaitan jin yang masuk dalam saluran darah. Kedua Syaitan manusia. Kita minta berlindung kepada Allah. Kalau kalah was was akan pergi kepada syak, bimbang jatuh kafir. Jadi minta supaya Allah menjauhkan daripada godaan syaitan.

5. Alhamdulillah. Tamatlah tafsiran Quran oleh Tuan Guru Abdul Hadi kali ke-2.

Abdul Latif Al Marangi,
13 Mei 2016

https://youtu.be/KdloXNlccaA
https://youtu.be/pl7wXkhJjsw

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan