Oleh : Fahmi Izzuddin
SETIU – Muslimat DUN Permaisuri bersama ahlinya menganjurkan ‘Dapur Rakyat’ bagi memenuhi keperluan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) mangsa banjir.
Ketuanya, Norasikkin Abdul Wahab berkata, ia adalah inisiatif yang diambil bagi membantu mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Perpusatakaan Daerah Setiu disini.
“InsyaAllah program seperti ini akan kita teruskan ke lokasi PPS lain selepas ini”, katanya ketika ditemui semalam 2 Disember.
Turut bersama hadir melihat perjalanan ‘Dapur Rakyat’ Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman.