DAP Mahu Rakyat Perak Tolak UMNO/BN Habis-habisan

997

Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh  Koo Ham nerkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya Kecil Bukit Gantang, di Padang Taman Kota Jaya, dekat sini semalam.

Beliau turut memberikan perakuan menyokong penuh  calon PAS, walaupun belum mengetahui siapakah calon yang akan diumumkan.

“Malam ini saya bagi pihak DAP, ingin menyatakan sokongan sepenuhnya, sokongan padu kami,

“kepada sesiapa pun yang calon akan diumumkan oleh PAS untuk bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang ini,”katanya.


Beliau yang juga Exco kanan kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkata pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah penting sebagai satu ‘justifikasi’ kepada tindakan UMNO/BN merampas kuasa negeri Perak.

“Pemilihan ahli parlimen bukit gantang kali ini adalah amat penting, kerana inilah satu-satunya peluang kepada rakyat,

“menunjukkan kepada BN samada cara merampas kuasa di negeri Perak boleh diterima oleh rakyat atau tidak,

“kita perlu mengundi calon PAS kali ini, sekiranya tidak, undi kita akan memberitahu BN mereka boleh merampas kuasa dengan sesuka hati”ujar beliau

 

Katanya, sekiranya semua rakyat tidak menerima apa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN, rakyat wajib mengundi PAS.

“Kalau mereka (UMNO/BN) tidak menghormati sistem demokrasi dan kita masih menghormati mereka, ia akan membawa malapetaka, negara kita akan menjadi sebuah negara polis atau tentera,”

“rakyat tidak akan bebas dan idak ada masa depan kerana pemimpin yang autokrasi tidak memperjuangkan hak rakyat tetapi memperjuangkan diri mereka sendiri,”tegasnya