‘Dakwah Jalanan’ Dalam Norma Baharu

422

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Aktiviti ‘dakwah jalanan’ yang kerap dilakukan sebelum ini mengalami perubahan dengan mengambil kira hidup dalam norma baharu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Wanita Nur Insani (Nisa’) Negeri Terengganu, Wan Nur Sakinah Din berkata, ia kerana memandangkan keadaan sekarang akibat pandemik Covid -19 yang berlaku di negara ini.

“Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kita tetap teruskan kempen ‘Terengganu Hijab Day’ secara norma baharu,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) Muslimat PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika di minta mengulas mengenai program tersebut, di sini, pada semalam.

Menurutnya, aktiviti ini diambil dari ‘World Hijab Day’ yang dipromosikan oleh lebih 140 negara seluruh dunia.

“Objektif utama penganjuran ini ialah untuk menyedarkan dan mempromosikan masyarakat tentang kewajiban menutup aurat dengan sempurna dan menepati syariat.

“Bertemakan sempurnakan auratmu kempen ini kita sambut bermula 1 Februari dan sepanjang bulan Februari,” katanya.

Tambah Sakinah lagi, sepanjang bulan Februari akan di adakan pertandingan video pendek dan ‘wefie’ bertemakan Terengganu Hijab Day.

“Lepas tu kita juga ada live sharing pada 13 dan 15 Februari dengan instafamous.

“Dan kita ada video daripada icon Nisa’ Terengganu setiap daerah untuk mempromosikan Terengganu Hijab Day dan sempurnakan auratmu,” ujar beliau lagi.