Dakwaan Zahid Subahat Dengan Anwar Berasas

352

HULU TERENGGANU – Desas desus dakwaan Presiden UMNO dengan Presiden Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim ternyata berasas.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata spekulasi itu bukan dongeng sebaliknya jajaran baharu berkenaan akan wujud sebaik berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 kerana terdesak membebaskan dirinya dari 87 pertuduhan rasuah.

“Kalau itulah perancangannya apakah orang UMNO Terengganu akan membiarkannya, dan membenarkannya terjadi?

“Adakah hendak membenarkan presidennya membawa musibah, sepatutnya orang UMNO memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Telah tersebar di media sosial, calon yang bertanding telah bai’ah apabila menang kerusi perlu beri kuasa kepada Zahid buat apa sahaja termasuk mengadakan kerjasama dengan Anwar untuk melepaskan kesnya.

“Jadi ini bukan soal kepentingan negara, ini soal peribadi, kerana tertekan maka dia gadaikan prinsipnya selama ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Prihatin dan Pelancaran Jentera PN, PRU Ke-15, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu beliau mengharapkan agar jentera PN memainkan peranan menyantuni masyarat untuk menyakinkan rakyat bahawa gabungan ini adalah yang terbaik.

“Ini satu tanggungjawab jentera PN yang diterajui PAS (di Terengganu) mengambil usaha berat dan menjadi jihad menyedarkan orang Melayu agar tidak tersilap langkah memberi undi kepada BN.

“(Jadikan) pilihanraya untuk menyelamatkan negara, masih ada waktu (maka) kena ajak pengundi sokong PN,” ujarnya lagi.