Dailog Rakyat; Peserta Boleh Tanya Presiden PAS Secara Terbuka

1796

KUALA TERENGGANU – Program ‘Dailog Rakyat’ yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu depan memberikan ruang seluas-luasnya kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengarah Program Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata, para peserta yang hadir boleh bertanya apa jua soalan yang mereka mahu ajukan.

“Tujuan utama diadakan Dialog Rakyat ini adalah untuk masyarakat umum mengetahui lebih dekat tentang PAS dan kaitan bukan sahaja soal politik,

“bahkan yang berkait dengan sosial dan ekonomi dan boleh juga tentang budaya dan kehidupan beragama,”ujarnya.

Katanya, selain Presiden PAS, dua orang professional di kalangan ahli akademik dan pakar kewangan di jemput khusus untuk menjadi panel dalam dialog tersebut.

Menurutnya, 200 kad jemputan Program pada 31 Oktober itu, telah diedarkan kepada persatuan dan NGO tempatan bagi mengisi ruang Dailog tersebut yang akan di adakan di sebuah hotel, di sini.

“soalan dari para peserta boleh dikemukakan secara terus dan interaktif, tanpa di’edit’, ‘direct’ kepada pemimpin yang hadir,

“khususnya mungkin soal suasana politik ‘yang panas’ sekarang dan ekonomi negara terutamanya selepas pembentang bajet 2016 Jumaat lalu,”jelas beliau.

Program yang akan dikenakan yuran sebanyak RM20 itu, kata beliau, adalah juga terbuka kepada mana-mana individu atau orang perseorang yang ingin menyertainya

“Yuran RM20 itu adlah untuk minum pagi dan makan tengahari……….selain jemputan, mana-mana individu yang berhasrat untuk bersama dalam program ini menghadirkan diri,

“tapi kena maklum awal………..supaya pihak panitia dapat mengatur kerana tempat adalah terhad,”kata beliau.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha Program, Ustaz Aliff di talian 013-300 3680