Cikgu Fauzi Kembali Ke ‘Rahmatullah’

12844

KUALA TERENGGANU – Mohamad Fauzi Abu Samah (Cikgu Fauzi) yang dirawat di hosptal Tengku Ampuan Afzan kerana tidak sedarkan diri sejak sebulan lalu, telah kembali ke rahmatullah pada petang ini.

Menurut isterinya Rosalina Ghan dihubungi melalui telefon, Alahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus, meninggal dunia pada kira-kira jam 4.30 petang.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga.

“Hari ini kita mendengar satu berita tentang kembali ke rahmatullah sahabat kita Cikgu Fauzi yang merupakan aktivis kepada jemaah kita,

“perjuangan kita PAS pada hari ini, sempena Jumaat……apapun pihak kami merakamkan ucapan takziah kepada isteri, anak-anak, keluarga, sahabat handai,”ujarnya.

Beliau yang ditemu pada satu program di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu berdoa semoga mengampunkan segala dosanya.

“sempena hari mulia, hari baik ‘sayyidul ayyam’ hari Jummat ini moga-moga Allah mengampunkan dosa beliau dan menghimpunkan beliau,

“roh beliau dikalangan mereka yang soleh dan syahid pada jalan Allah,

Ustaz Satiful, mewakili semua saf pemimpin PAS Terengganu, berharap semua pihak bersabar dan mendoakan kesejahteraan kepada allahyarham Cikgu Fauzi.

Sementara itu, Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM) Haji Husin Ismail pemergian Cikgu Fauzi yang juga Timbalan Pengerusi YAM Cawangan Terengganu, pastinya menjadi suatu kehilangan besar.

“Seusai sahaja ICR Conference, tiba-tiba dikejutkan (dengan berita) kembalinya ke Rahmatullah, saorang aktivis Amal,

“pemergiannya pastinya suatu kehilangan besar dan saya bagi pihak Yayasan Amal pihak merakamkn kesedihan yang mendalam dan mengucapkan takziah dan kepada isteri dan kelurga,” kata beliau ketika dihubungi.

Allahyarham Cikgu Fauzi telah jatuh pengsan di dalam bas pada Jumaat malam, 17 Februari, ketika dalam perjalanan menuju Himpunan 355.

Sebelum itu, beliau mengadu tidak sedap badan, kebas sebelah tangan kanannnya, kabur penglihatan, tidak nampak apa-apa selepas naik bas di Hentian Kijal.

Allahyarham telah dikejarkan ke hospital dan selepas pemeriksaan, doktor mendapati ada pendarahan dikepalanya.