Oleh : Azizah Mahmood
Terkesan dengan banjir di Aceh, Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) telah merancang satu misi bantuan banjir Aceh yang bertolak pada 6hb sehingga 10 Januari .
Beberapa sebaran kutipan sumbangan dan membuka tabung di lokasi strategik akhirnya sasaran yang terkumpul cukup untuk kami meneruskan misi bantuan banjir Aceh dengan lima orang akan mewakili KAMI dan KT care.
Pelepasan di Lapangan terbang Sultan Mahmud oleh Exco Kerajaan negeri Terengganu, YB Hishamudin Abdul Karim dan di iringi oleh wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO)


Pergerakan misi bermula pada 7hb dengan membeli keperluan untuk mangsa banjir seperti beras, telur, tikar, dapur, peralatan kebersihan dan alatan kelengkapan diri.
Perjalanan misi ke Pidie Jaya mengambil masa empat jam dari Bandar Aceh. Tempat pertama ke Kampung Lok Sandeng sangat terkesan di mana 17 buah rumah hilang dari muka bumi akibat di landa arus kuat di tebing sungai 57 keluarga terjejas dn 17 darinya kehilangan rumah.
Mereka yang kehilangan rumah tinggal di khemah penempatan sementara. Di sini kami di beritahu oleh Pak Yusri, 53, seorang penduduk yang terjejas kerana rumahnya hilang.
Selesai penyerahan barangan di Lok Sandeng kami di bawa oleh Ustaz Hakim pemandu arah kami ke Gieuteng di mana terdapat perkampungan banjir lumpur yang teruk menimbus rumah. Masih banyak rumah yang belum di bersihkan dan mereka ini tinggal sementara di surau.


Setelah menurunkan semua keperluan untuk 60 keluarga kami di bawa ke Meureudu meninjau sebuah pusat tahfiz yang musnah teruk dan peralatan mereka musnah sama sekali di sini kami menyampaikan sumbangan kewangan yang di sumbangkan oleh penyumbang untuk mereka .
Tempat terakhir kami di Menasah lok. Kampung yang di serang banjir lumpur yang membawa kayu balak sehingga terputus dua kampung dan memusnahkan beberapa buah rumah.


Satu perjalanan yang panjang namun amat menyentuh hati bila mana saudara serumpun dan seislam kami di uji dengan ujian yang berat .
Hujan masih lagi membasahi bumi Aceh dan bagi penduduk yang terjejas mereka masih lagi bimbang akan berulang banjir lumpur lagi.
Seorang ibu Puan Hanissa 43 tahun pernah bekerja di Johor Malaysia berkata, beliau sangat terharu orang baik dari Malaysia menjenguk dan membantu waktu ditimpa musibah.
“Saya bersyukur sangat-sangat,” ujar Ibu hannisa ibu kepada tiga orang yang msih kecil dua darinya kembar yang masih lagi mengunsi (penempatan sementara) di Lokh Sandeng.
































