Oleh : MNA
Secara peribadi saya menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Saya sangat yakin dan percaya bahawa barisan calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kepada rakyat Terengganu dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera.
Beliau lepasan UniSZA dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab, jarang saya dapat bersama dengan beliau, tetapi apabila berjumpa dan diminta mengulas sesuatu isu, ulasan beliau kemas dan fokus. Beliau mempunyai pengalaman sebagai Adun apabila pernah memenangi kerusi Dun Jabi pada tahun 1999. Ditugaskan mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Lajnah Asas Tani di dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau banyak mendedahkan kepincangan dalam projek-projek pertanian di Terengganu seperti jutaan ringgit yang dilaburkan dalam bidang pertanian, gagal dan hangus begitu sahaja. Sebagai seorang Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, beliau pastinya dipilih oleh ahli PAS Setiu kerana mempunyai daya kepimpinan tersendiri dan insyaAllah beliau tidak akan menghampakan pengundi Setiu jika dipilih.
Umurnya muda setahun daripada saya. Kami akrab sebagai pengamal media. Panjang jika saya mahu menulis berkenaan peribadi beliau. Sebagai ringkasannya, dia seorang yang mudah didekati, sentiasa tersenyum, suka membantu tidak kira dalam hal parti ataupun pelanggan di klinik giginya. Dia juga seorang yang diketahui berkerja keras dalam impiannya untuk membantu parti. Tidak perlu kepada wartawan untuk menulis berita atau rencana berkenaan beliau kerana beliau sendiri pandai menulis dan telah menulis beberapa buah buku. Mengetuai NGO media, beliau mempunyai sikap yang tegas walaupun wajahnya lembut. Sudah beberapa tahun diberi kepercayaan menjadi AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu dan pada tahun lepas, dipilih menjadi AJK PAS Pusat, berperanan di bawah Lajnah Kebajikan.
Dengan gerak kerja beliau dan AJK MTD Jabi yang tersusun, beliau hampir merampas Jabi dari tangan BN pada PRU lepas. Tidak terhenti dengan kegagalan itu, beliau terus berkerja selepas kekalahan itu dan Jabi saya yakin dijangka akan mengurniakan satu kerusi kepada PAS Terengganu pada PRU ini. Dengan tersenarainya Dr Azman Ibrahim iaitu seorang profesional di dalam senarai calon Dun, PAS Terengganu mempunyai satu lagi nilai tambah untuk ditawarkan kepada rakyat Terengganu selain beliau sendiri mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama kerana ketika belajar di Iraq, beliau mengambil kesempatan mendalaminya.
Saya pertama kali bertemu dengan saudara Azmi, ketika hadir dalam satu majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi PAS (KOPAS) di Felda Kampung Rahmat, Setiu dua tahun lepas. Setelah itu kami berhubung melalui aplikasi WhatsApp bagi bertukar-tukar info politik. Pernah sekali kejadian lucu, dia memberi derma kepada saya sebagai pemberi semangat katanya. Beliau tidak ketinggalan berusaha mendedahkan salah urus kerajaan Umno terutama di sekitar Langkap. Isu Felda juga turut beliau ketengahkan bagi kesedaran warga Felda yang menjadi deposit tetap Umno dalam PRU. Isu berkenaan rumah generasi kedua Felda, saham FGV dan lain-lain. InsyaAllah, sebagai warga Felda, saudara Azmi akan membantu mereka menjadikan Felda sebagai sebuah naungan yang lebih baik daripada sekarang yang dipenuhi dengan isu-isu penyelewengan.
Jika dilihat secara luaran, beliau kelihatan sama seperti orang lain, biasa sahaja. Tetapi apabila menemuramah beliau, barulah saya tahu yang dia lepasan University Lampeter, Wales selepas tamat di Universiti al-Azhar. Dia salah seorang diantara ramai ustaz-ustaz PAS yang fasih berbahasa arab dan inggeris. Hal lain yang saya tahu berkenaan beliau ialah, beliau senang didekati oleh orang muda. Beliau berjaya memecahkan tembok kebal Umno Batu Rakit dengan kejayaan menghidupkan kembali cawangan Pemuda PAS Pengkalan Atap yang sudah 14 tahun mati kerana ketiadaan penggerak. Dan kebetulannya cawangan itu adalah cawangan kepada Adun BN sekarang. InsyaAllah beliau akan mengalahkan BN di Batu Rakit nanti melalui penguasaan beliau ke atas anak muda di Batu Rakit.

































