Oleh : MNA
Secara peribadi saya menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Saya sangat yakin dan percaya bahawa barisan calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kepada rakyat Terengganu dengan tema Maju, Berkat, Sejahtera.
P035 Kuala Nerus Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri
Seorang usahawan yang berjaya, selain daripada memegang ijazah kedoktoran. Saya suka menerima penerangan daripada beliau, kerana sangat jelas isinya. Mudah difahami dan ringkas. Bekas pelajar terbaik Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (Atas) ini turut aktif dalam menyumbang kepada masyarakat luar. Beliau mempunyai kampung angkat di Kemboja, bagi beliau melakukan kerja-kerja kebajikan selain daripada kebajikan setempat. Kerap diserang oleh musuh politiknya, tetapi beliau sungguh kuat menghadapinya. Diberikan kepercayaan menjayakan pasaraya wakaf, iaitu idea beliau bagi membangunkan sebuah perniagaan berasaskan wakaf daripada orang ramai yang akan menjana keuntungan kepada PAS dan memberikan kebaikan kembali kepada pengguna. Beliau yang vokal ketika berhujah di parlimen, sangat diperlukan PAS bagi menjayakan misi kerajaan teknokrat.


Wajah yang tampan dengan gaya seorang ustaz – profesional. Dilengkapi pula dengan pengetahuan yang tinggi berkenaan isu-isu yang beliau ulaskan, menjadikan beliau seorang pemuda yang digeruni lawan. Saya pernah bercakap dengan orang Umno Tepoh yang mengakui sendiri betapa kewibawaan Ustaz Hishamuddin ini melalui penampilan beliau. Pernah calon Umno dipersendakan oleh orang Umno sendiri di hadapan saya (ketika itu tidak diketahui lagi siapa calon Umno di Tepoh), kata mereka, jika Dato’ Bashir yang menentang Ustaz Hishamuddin, jam 8 pagi buka tempat mengundi, jam 9 sudah tahu Dato’ Bashir kalah. Ini keluar sendiri daripada mulut orang Umno. Dan sekarang, benar-benar Dato’ Bashir menjadi calon, harap-harap kemenangan itu menjadi kenyataan.
Di dalam Sidang Dun, beliau begitu tenang berhujah dengan mendedahkan salah urus kerajaan Umno Terengganu. Beliau berjaya mencari begitu banyak maklumat untuk diketengahkan di Dun sebagai peluru bagi menghapuskan keegoan Umno. Anda boleh melihat sendiri hujah-hujah beliau di Dun di Youtube. Diberi kepercayaan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, menjelaskan kriteria yang hebat dimiliki oleh anak muda ini. Beliau pernah menjawat jawatan pegawai agama di Petronas Kertih. Pasti anak muda yakin dengan beliau untuk menjadi anggota kerajaan Teknokrat PAS nanti, insyaAllah. Produk Darul Quran Rusila ini membuktikan dia berjaya menguasai bahasa inggeris penulisan dan percakapan dengan baik.


Saya hanya berkesempatan bertemu dengan beliau pada Majlis Baiah calon di Rusila. Kami berbual-bual ringkas dan mengetahui beliau adalah seorang ahli perniagaan. Mungkinkah beliau akan menjadi wakil PAS yang pertama di Seberang Takir yang dipenuhi dengan kem askar untuk mengalahkan bekas Menteri Besar Terengganu ? InsyaAllah.


Bekas pelajar sekolah Sheikh Abdul Malik dan juga lepasan Kusza. Kemudian ke Mesir menyambung pelajarannya. Beliau banyak mengenengahkan isu-isu keusahawanan ketika menjadi Adun pada penggal lepas. Isu berkenaan Kompleks Kraftangan yang tiada sambutan dibawa beliau ke dewan, bagi mengelakkan pembaziran duit rakyat. Beliau turut berada di saf depan ketika isu perobohan rumah di Banggol Donas yang akhirnya penduduk kampung yang teraniaya mendapat pampasan yang setimpal. Mewarisi bakat kepimpinan almarhum ayahnya yang juga salah seorang pimpinan PAS Terengganu. Ustaz Ridzuan yang sangat tenang orangnya akan pasti dapat membantu kerajaan PAS nanti dengan ilmu yang dimilikinya.


Beliau adalah Wakil PAS yang paling senior di dalam barisan calon-calon PAS pada kali ini. Memenangi kerusi Bukit Tunggal bermula pada tahun 1995 dan hanya kalah sekali pada tahun 2004 sebelum menguasainya kembali sehingga penggal lepas. Seorang doktor perubatan, dan bersesuaian dengan kelulusan beliau, sentiasa beliau pada sidang Dun, mengenengahkan isu-isu kesihatan. Diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Terengganu pada ketika ini. Sangat layak untuk menjadi salah seorang pemimpin negeri jika PAS berjaya memerintah Terengganu.
Beliau mengenengahkan idea menjana pendapatan alternatif negeri jika memerintah nanti dengan jangkaan royalti petroleum disekat di dalam manifesto PRU. Jangkaan perolehan adalah sebanyak RM1 bilion akan diperolehi jika sumber lain yang ada digunakan secara maksima. Rakyat Terengganu mesti meyakini rancangan ini dan rakyat dapat melihat sendiri betapa sumber asli Terengganu, jika diurus dengan baik, akan memberikan pendapatan yang tinggi dan bukannya masuk ke poket-poket kroni.





























