Calon Perdana Menteri; Biar Beranak Dulu Baru Bubuh Nama

104

DUNGUN – Itulah reaksi Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli terhadap isu bakal calon Perdana Menteri yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat dan pemerhati politik tanah air.

” Biar beranak dulu baru bubuh nama, ni beranak dok lagi, bubuh nama doh, beza angan-angan dengan cita-cita, nak dapatkan anak tapi tak kahwin, walaupun berubat tak apa sebab itu cita cita, itu adalah proses, ” selerohnyq.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap di Liqa’ Fikri PAS Kawasan Dungun yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Rantau Panjang, Bukit Besi pada Sabtu 20 September.

Menyentuh soal jawatan, beliau menekankan bahawa kepimpinan bukanlah sesuatu yang patut diburu, sebaliknya jika diberi, ia wajib dipikul dengan penuh amanah.

” Jawatan adalah seperti musuh, jangan cari tetapi kalau diberi tidak lari, “ujarnya.

“Ahli PAS tidak perlu mempromosi diri, cukup jika dia ada ‘bintang’ dia akan naik(bersinar), Islam dengan perjuang PAS akan mencapai kemenangan,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan konsep ‘agree to disagree’ dalam hubungan politik dengan pihak luar. Selagi tidak bercanggah dengan dasar PAS, kerjasama boleh dijalinkan, tetapi jika bercanggah dengan Islam, maka garis tegas perlu diletakkan.

“Kita boleh bersama dalam perkara yang dibolehkan. Tetapi kalau kita mula mencampuri perkara yang bercanggah dengan dasar PAS, ia akan membawa kepada perpecahan,” jelasnya.