Terengganu, Malaysia

Calon PAS Mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar

articlesMohd_Azam_Abdul_Samat_2_sungai_limau_04112013_600_400_100

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin berikutan keadaan cuaca yang baik sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi Isnin.

“Alhamdulillah keadaan cuaca baik hari ini. Saya harap org ramai keluar mengundi awal, guna peluang ini,” katanya ringkas ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di sini, Isnin.

Ditanya mengenai keyakinannya untuk menang, beliau berkata: “InsyaAllah…insyaAllah.”

Sebelum itu beliau tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira pukul 8.25 pagi dan kemudiaannya masuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi lima minit kemudian.

Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang -mStar

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan