Calon PAS Berjaya Kumpul Dana Van Jenazah RM150,000

89
Calon PAS menziarahi bekas imam masjid

ALOR GAJAH – Calon PAS DUN Durian Tunggal Ja’afar Othman yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Na’im mengucapkan terima kasih kepada semua ahli qaryah yang menyokong usahanya menghimpun dana untuk membeli sebuah van jenazah.

Beliau bersyukur kerana atas kejayaan tersebut dan kini, kata beliau, impian penduduk mengumpulkan wang sebanyak RM150, 000.

“program yang saya kendalikan sendiri di masjid itu , saya uruskan pembelian van jenazah, kita capai sasaran dalam masa setahun,

“tapi malangnya, van tersebut belum diterima kerana sekurang-kurangnya mengambil masa lima bulan untuk di siapkan dan kita di serang wabak Covid-19, menyebabkan ia masih dalam proses,” ujarmya.

Ja’afar Othman Calon PAS DUN Durian Tunggal bagi Pilihan Raya DUN Melaka

Beliau berkata demikin ketika ditemui selepas menzirahi ketua-ketua masyarakat dalam DUN tersebut semalam, 10 November.

Antara yang dilawati beliau ialah ‘Imam Rahim’ bekas Imam dan tenaga pengajar di masjid Al-Naim di Kampung Padang Keladi.

Katanya, selain beliau sering berhubungan dengan bekas imam itu, Imam Rahim juga adalah rakan karib arwah ayahnya.

Justeru itu, beliau yakin terhadap perubahan sokongan penduduk kampung terbabit, menjelang hari pengundia nanti.

“Alhamdulillah, ada perubahan sedikit respons mereka, In shaa Allah akan menjadi satu perubahan penyokon PAS dan Perikatan Nasiional pada 20hb nanti,” tambah beliau.