

Bendahari PAS Terngganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata ia mungkin satu gimik politik Umno dan Barisan Nasonal menjelang pilihanraya umum yang ke-13.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini pernah mencadangkan beberapa program pembangunan bagi daerah Hulu Terengganu dan bandar Kuala Berang khusunya, namun ia tidak pernah dilaksanakan.
“Sebenarnya ialah saya masih curiga juga lagi sejauh mana perlaksanaannya kerana ye la, dalam suasana hampir pilihanraya ini, mungkin juga ia satu gimik politik,
“benda sama je sebenarnya dia sebut, dulunya Exco (kerajaan negeri) sebut, ‘Bandar Bawah Tasik’. (kemudian) ada seorang lagi exco sebut nak buat ‘Pelabuhan Darat’. hilang begitu juga,
“Ada (pimpinan Umno) sebut nak buat ‘airport’, pun hilang begitu juga (saja),”ujar Haji Muhyiddin ketika ditemui di Majlis Jamuan Sempena Hari Raya anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Berang di sini 6 Oktober (Gambar).
Beliau yang juga bekas Ali Palimen Hulu Terengganu mepersoalkan langkah terbaru kerajaan negeri yang dilaporkan akan melibatkan penggunaan wang rakyat sebanyak RM100juta.
Katanya, kerajaan negeri perlu membuktikan kebolehlaksanaan projek tersebut dengan membuat satu kajian terperinci dan telus.
“Jadi sekarang ni kita rasa curiga, sejauh mana benda ni nak dibuktikan? adakah kajian telah dibuat? dengan begitu telusnya,”soal Haji Muhyiddin
Selaku penduduk tempatan yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Trengganu, Haji Muhyiddin merasa hairan mengapa kerajaan negeri bercadang membangunkan satu kawasan bebas cukai di kawasan pedalaman.
“sebab apa yang kena buat ni di puncak gunung (di) Tasik (Kenyir) letak di puncak gunung. kita nak jadikan pelabuhan (kawasan) bebas cukai,
“mungkin ada masalah dari segi penghantaran barang tu masuk ke tasik, kermudian baru nak keluar balik, dan benda-benda yang berkaitan,”tegasnya
http://www.youtube.com/watch?v=oEWdqEw4oWM



























