Terengganu, Malaysia
Pendapat

Butanya Mata Mereka!

Butanya Mata Mereka!

Oleh : Azizah Mahmood

Menempuh perjalanan selama satu jam dari Kuala Terengganu sebelum tiba di Pengkalan Gawi Kenyir amat tidak terasa, bilamana tempat yang di tuju membawa satu kenangan yang amat mahal dan tidak mampu di tafsir dengan kata kata.

Butanya Mata Mereka!Menaiki ‘houseboat’ selama hampir dua jam menyusuri Tasik Kenyir yang hening dan damai disulami pemandangan yang sesejuk mata memandang.

Sehingga dapat mendengar dengan jelas setiap kocakan air tasik yang bening sehinga menjadi igauan kaki pancing untuk menerjah Tasik Kenyir yang kaya dengan pelbagai spesis ikan darat seperti Kelah, Baung dan Patin.

Butanya Mata Mereka!Sebaik melabuhkan housebot di pinggir Sungai Lasir seakan berada di satu alam yang penuh panorama indah yang menjadi pujaan sang penyair untuk melantun puisi indah penuh inspirasi.

Deruan air terjun yang indah dan tidak tercemar jauh dari kesibukan sehingga seakan tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia.

Alangkah ruginya tasik yang indah dengan air terjunnya yang tersembunyi tanpa ada tangan-tangan yang ingin memaparkan pada dunia.

Dari jauh seorang anak tempatan melungsur dengan bot laju seakan tiada sedikit pun kerungsingan dibenaknya.

Butanya Mata Mereka!Inilah Hikmat Alam Semula Jadi .

Meniti anak tangga menuju ke air terjun Lasir yang diselangseli dengan hentian rehat usang, seakan sudah lama tidak menerima tetamu.

Hati tersentuh seakan sedih melihat khazanah yang di abaikan.

Terpegun dan seakan terhenti degup jantung, maha suci Allah yang mentadbir Alam ini

Butanya Mata Mereka!Alangkah sayangnya melihat jambatan gantung yang berlatarbelakangkan airt erjun yang indah sayup mata memandang seakan tidak memberi kesan pada mereka untuk meletakkan sungai itu dalam agenda lawatan ke tempat menarik di Terengganu.

Alangkah butanya mata mereka yang diamanahkan!

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan