DUNGUN -Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’ , seorang buruh ladang terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah sebuah Proton Saga.
Mohd Jazri Muhammad, 41 berkata kehadirannya bersama keluarga ke Karnival PAS Kawasan Dungun 5.0 adalah rutin setiap kali adanya program seumpama itu di Dungun.
“Saya sekeluarga datang untuk beri sokongan kepada pihak penganjur, bukan sebab hendak kan hadiah cabutan bertuah, tapi malam ni rezeki saya bawa balik kereta,” katanya yang tidak memiliki kenderaan sendiri.
Mohd Jazri yang menyewa di Felda Jerangau melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di malam kemuncak karnival yang diadakan di Dewan Arena Merdeka di sini malam Ahad,10 Februari.
Dalam ucapan penutupnya, Ustaz Wan Hassan memberitahu hadirin yang memenuhi dewan bahawa kerajaan negeri ada kuasa untuk mengubal undang-undang.
“Kerajaan persekutuan ada bidang kuasanya, kerajaan tempatan ada undang-undang kecilnya.
“Kerja mahkamah mentafsirkan undang-undang ini, tetapi apa yang berlaku hari ini,
” Ingatlah kekuatan Islam adalah kepada Islamnya.”katanya.