KUALA KANGSAR – Penduduk Kampung Sayung Lembah bukan sahaja kenal PAS bahkan mereka kenal lambang PAS adalah merupakan symbol ‘bulan’.
Apabila calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad kepada ‘makcik-makcik’ yang hadir pada majlis itu, samada kenal dengan PAS atau tidak, bahkan mereka menjawab, mereka tahu lambang ‘PAS’ ialah ‘bulan’dan bukannya ‘kati’ (dacing)
“Mak cik kenal tak PAS tu apa? kenal ke tidak, apa dia Parti Islam SeMalaysia(PAS). Parti Islam SeMalaysia PAS ini, kalau kita mengundi nanti lambangnya apa? Bulan ka kati?,”soal Dr. Najihah.
“bulan……….!!!,”jawab mereka.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sayung Lembah yang sudi hadir ke majlis berbuka puasa bersama beliau. Pada hari pertama Ramadhan, 6 Jun.
Katanya, program pertama dianjurkan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama rakyat Malaysia, memilih destinasi pertamanya, Kuala Kangsar.
Beliau beramah mesra sambil memperkenalkan diri beliau kepada warga kampung tersebut.
“Saya merupakan calon yang telah diamanahkan oleh PAS, untuk bertanding dalam PRK P067, Parlimen Kuala Kangsar, ingin membuat rayuan kepada penduduk di Sayong Lembah ini untuk fikir habis-habis apabila nak mengundi nanti.
“Kita ini membawa suara daripada orang Kuala, kita bawa suara Parti Islam SeMalaysia (PAS),”ujarnya.
https://youtu.be/0agWV1rm-LQ




























