BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia

1233

Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.

”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,

”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/hisham1.JPGHishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).

Ng turut mempertikaikan kenyataan Hishamudin dan menyatakan pengisian kursus BTN tidak membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional, malah bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Beliau mendedahkan, apa yang dialami oleh anak seorang rakannya, seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman (Koleh TAR) yang menghadiri kursus anjuran BTN kira-kira dua bulan lepas.

Katanya, pelajar berketurunan Cina yang berasal dari Kuala Terengganu itu cukup sedih dan terhina kerana apa yang di ajar dalam kursus BTN adalah mengungkit isu-isu perkauman.

”Bukan sahaja mengungkit isu ‘ketuanan Melayu’ malah, pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) termasuk orang-orang Melayu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi dianggap oleh penceramah BTN sebagai pengkhianat Negara,”ujar Chai Hing.

Kritikan Chai Hing turut disokong dan dikongsi bersama oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@ Ramly.

Hanafiah ketika dihubungi berkata, BTN adalah ‘topeng demokrasi’ yang digunakan oleh Umno untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, BTN bermotifkan politik dan propaganda Umno, bukan program yang menimbulkan semangat patriotisma dan tidak akan membentuk negarawan yang mencintai Negara.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/08/hisham.jpgSebaliknya, kata Hanafiah, ia adalah program untuk melahirkan individu yang ‘racist’, sayang kepada Umno dan kepimpinan Umno.

”Penceramah mengungkit tentang ketuanan Melayu, membangkitkan semangat kemelayuan, kononnya melayu itu Umno dan hanya Umno yang boleh menjaga Melayu,”jelasnya yang mendedahkan, beliau sendiri hadir dalam kursus BTN tidak berapa lama dulu.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan menolak kursus BTN yang akan dianjurkan kepada para pegawai negeri, seminggu lalu, isu BTN kini menjadi panas dan menjadi percakapan umum.

Semakin ramai yang bekas peserta kursus BTN tampil dan membuat pengakuan bahawa ia satu kursus yang banyak memberikan kesan negatif, namun pemimpin Umno seperti Hishamudin, bukan mahu menerima dan bersikap rasional, malah melemparkan tuduhan pula.

Dengar dan lihat Kenyataan Hishamudin dalam klip video dibawah;

http://www.youtube.com/watch?v=r22tgolm8j8