Bot Hilang Di Lautan; Pencarian Masih Buntu, Harap Keluarga Bersabar

2637

KEMAMAN – Tiada petunjuk kuat ditemui dalam kerja pencarian selama tiga jam ke atas empat nelayan pukat tunda yang hilang di lautan sejak lima hari yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, ia masih buntu walaupun kerja-kerja mencari dan menyelamat diperhebatkan dengan menggunakan enam buah kapal dan bot.

Beliau berkata, pencarian akan dilakukan secara lebih meluas esok dengan disertai oleh para nelayan yang turun ke laut dan berharap keluarga yang terlibat bersabar.

hanafiah cari bot1“Bagaimanapun, saya harap semua keluarga mangsa tabah hadapi ujian pada Ramadan ini. saya akui ini saat paling sedih buat keluarga, namun jangan putus asa dan teruskanlah lakukan solat hajat.

“Saya percaya kesemua mereka masih selamat, cuma kita perlu perluaskan lagi kawasan pencarian. Kita harap esok (hari ini) lebih ramai orang ke laut (nelayan) akan turun mencari bersama-sama,” kata beliau ketika ditemui selepas mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat yang bermula jam 11 pagi, Selasa 30 Jun.

Usaha menyelamat itu digerakkan melibatkan dua buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dua buah bot nelayan, sebuah bot Polis Marin dari Kuala Terengganu dan sebuah bot laju dengan kekuatan hampir 100 anggota penyelamat serta orang awam.

Turut bersama Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu adalah anggota Polis Marin Kerteh, Koperal Che Izani Che Hassan, dan pemilik bot Rosli Mohd Noor.

Menurutnya, kawasan pencarian adalah di laluan biasa dilalui bot kelas B TRF 1078 mangsa yang hilang membabitkan jarak lapan batu nautika dari Pantai Chendor, Pahang selain bot turut bergerak ke arah Pantai Teluk Kalong.

IMG_20150629_215902“Usaha mencari agak mencabar kerana agin kuat selain berdepan gelombang setinggi kira-kira 0.6 meter yang sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja pemerhatian di permukaan laut untuk melihat sama ada terdapat objek terapung yang boleh menjadi ‘alamat’ (clue),”ujarnya

Kira-kira jam 12 tengah hari, sebuah bot nelayan kelas B milik nelayan Tionghua dari Kuantan ditemui di berdekatan kawasan bot yang hilang dilihat kali terakhir dan turut mengakui melihat bot itu.

Mereka yang masih tidak ditemui adalah terdiri daripada tekong, Ab Wahab Tekak, 57, dan awak-awak bot malang berkenaan iaitu anak Ab Wahab, Mohd Nasri, 30; Azuari Muda@Abu Bakar, 41; dan Mohd Zawawi Seman, 36,

Kesemua empat mangsa yang turun ke laut pada 21 Jun didapati hilang dan tidak dapat dihubungi sejak Jumaat lalu selepas enam hari berada di laut untuk menangkap ikan.