Terengganu, Malaysia

Boikot Produk Yahudi, Jangan Benar Mereka Padamkan Bumi Al-Aqsa

SAM_6327 (2)

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – 1000 orang hadir bersolidariti bersama Dewan Pemuda PAS Terengganu yang menganjurkan himpunan secara aman membantah pencerobohan pelampau Yahudi keatas masjid al-Aqsa dan kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestin.

IMG-20151002-WA0076Mereka berhimpun di hadapan masjid Pengadang Baru, sebaik usai solat Jumaat hari ini dengan semangat berkorban berikrar mempertahankan ‘kiblat pertama’ umat Islam itu.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menegaskan, dengan asakan dan ancaman keatas umat Islam Palestin menandakan kemenangan Islam semakin hampir.

“Orang yang benci kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi. Kini, puncak keimanan kepada rakyat Palestin. Sekarang ini, orang Yahudi bakar sebahagian dari Masjid Al-Aqsa di Palestin.

“Mereka (Yahudi) mahu jadikan Masjid Aqsa itu milik Yahudi dan cuba dibakar sedikit demi sedikit untuk digantikan dengan bangunan lain.

“Ada orang Palestin yang sedang solat di masjid itu dibakar hidup-hidup. Ini bumi yang subur dengan darah syuhada, bukan subur kerana air hujan tetapi subur dengan darah para syuhada yang gugur syahid.

IMG_20151002_190017 “Sebenarnya, kemenangan Islam semakin hampir di bumi Palestin dan yakinlah dengan kekuatan iman,” tegasnya ketika berucap pada himpunan tersebut.

Justeru, kata beliau, umat Islam tidak boleh alpa dan terus berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan serta kemenangan tersebut.

“Tugas kita sekarang ini pertama usah alpa dengan berdoa kepada Allah SWT. Kedua, kena jaga ahli keluarga kita supaya tidak makan produk keluaran Yahudi yang memberi saham bagi membunuh umat Islam Palestin.

“Kita berikrar tidak akan benarkan Yahudi memadamkan bumi Aqsa daripada umat Islam untuk beribadat, Insya’Allah,” ujarnya.

Dalam himpunan itu juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman mengingatkan umat Islam tentang bahaya Yahudi yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran.

Bahkan, katanya sekutu Yahudi kini berada semakin dekat dengan Malaysia yang menjadikan Singapura sebagai pengkalan.

IMG-20151002-WA0051“Sekutu Yahudi bukan sahaja berada di Israel atau di Amerika tetapi sekutu Yahudi itu berada di seluruh dunia.

“Sekarang ini sekutu Yahudi telah berada dekat dengan kita (Malaysia). Jika dahulunya, Amerika berada di negara Filipina tetapi sekarang mereka telah berada di Singapura.

“Partai Aksi Rakyat (PAP) Singapura membenarkan tentera Amerika berpengkalan di Singapura,” jelasnya dihadapan peserta demontrasi tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim mengingatkan umat Islam tentang peranan Apco yang berada dalam negara ini.

“Kita kena berhati-hati dengan agenda Yahudi. Di seluruh dunia hari ini Yahudi memainkan agendanya dalam permusuhannya dengan Islam. Kelam-kabut di seluruh dunia sekarang ini khususnya dunia Islam adalah angkara Yahudi dibelakangnya.

“Apa yang berlaku di Asia Barat seperti Syria, Yaman dan sebagainya ada ‘tangan’ Yahudi dibelakangnya. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di negara kita, Malaysia.

SAM_6355 (2)“Parti yang menang dan memerintah Israel itu penasihatnya Apco yang menggunakan slogan 1Israel ketika berkempen pilihan raya. Dan, penasihat yang sama diambil oleh pemimpin Umno untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia,” tegasnya.

Katanya, di mana sahaja kewujudan peranan Yahudi akan membawa kemusnahan serta ancaman kepada negara tersebut.
Pelbagai kata-kata solidariti dipamerkan oleh peserta himpunan aman tersebut antaranya “Terus Istiqomah Bersama Aqsa”, “Tegakkan Jihad Runtuhkan Kebatilan”, “Kami Bersamamu Aqsa”, “Penjenayah No.1 Israel, Boikot Sekutu” dan banyak lagi.

Turut hadir dan berucap pada perhimpunan solidariti itu wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Cawangan Terengganu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan